Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Sudah terlalu lama saya tidak menulis di blog. Sangat lama. Banyak perkara yang telah berubah sejak setahun yang lalu. Sejak kali terakhir saya menulis di sini.
Kesibukan dengan profesion sebagai jurutera sistem sepanjang Mac – Ogos tahun lalu menuntut saya untuk berada di Kerteh dan Singapura diatas urusan perlaksanaan projek.
Hanya selepas itulah saya mempunyai lebih banyak masa yang diluangkan di pejabat walaupun akhirnya ditugaskan untuk keluar belayar dari Bintulu ke Negishi, Jepun bersama-sama dengan SS Seri Angkasa pada penghujung tahun. Saya kembali semula ke Malaysia pada hari 6 haribulan.
Itulah pengalaman kali pertama belayar di laut lepas. Sebelum ini pernah keluar belayar sekali dengan NWS Stormpetrel di kawasan perairan Singapura, namun cabaran pada waktu itu tidak sehebat pelayaran di Lautan Pasifik.
Banyak yang dirangcangkan dan perlu dibuat untuk suku tahun pertama 2015. Semoga setiap cabaran dan dugaan yang bakal ditempuh mampu dihadapi dengan tabah dan kuat.
beliamuda: Tunggu AK6441 untuk terbang ke klia2 dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Kali pertama pulang ke kampung untuk tahun ini.
SLM.
Beliamuda orang kelate ke? hehe sama lah. keep update.
saya ikut newsfeed blog ini daripada tahun 2011
🙂