Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat semua.
Kelihatan tren enam gerabak baharu untuk LRT Aliran Ampang yang sedang dalam ujian melalui trek LRT baharu di Taman Perindustrian Kinrara (TPK). Kemungkinan tren ini sedang dalam ujian di antara Stesen LRT Kinrara BK5 dan Stesen LRT Awan Besar.
Saya telah bergerak ke Stesen LRT Awan Besar selepas menangkap gambar ini untuk membuat pemetaan jalan baru di sana yang telah pun dibuka kepada isyarat. Laluan utama di hadapan Stesen LRT Awan Besar boleh diakses melalui simpang empat dengan lampu trafik dari Jalan Jalil Perkasa 1 (sebelum ini adalah simpang tiga).
beliamuda: Ingatkan nak singgah turun di stesen baru tersebut, tapi saya perlu bergerak segera ke lokasi seterusnya. Mungkin tunggu sehingga 31 Oktober nanti.
Patut la sebelum ni ada ura-ura nak naikkan harga tambang 😀
sabree hussin´s last blog about ..Panduan peperiksaan online untuk calon Penolong Akauntan Gred W27