beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Bicaraku buatmu

Diposkan oleh yang telah menulis 1110 entri

Salam sjeahtera buat semua.

gadis-cute-menangis

[sumber asal gambar tidak dapat dikesan]

Selesai sudah 4/5 final exam untuk semester ini. Tempoh bertenang yang diberikan selama lebih kurang seminggu ini akan diisi dengan pelbagai perkara untuk mengisi kebosanan disamping studi Process Instrumentation. Esok, ada ChemE Premier League (CPL) untuk futsal. Aku tak join, namun akan menjadi penyokong setia pasukan yang menang…

Sedikit tulisan ringkas buat pembaca, satu perkongsian untuk dibaca. Bukan penjelasan yang dicari, tapi hal yang mahu diberitahu. Kalau ada yang memahami, tulisan ini hanyalah daripada seseorang yang mempunyai perasaan. Kalau ada tafsiran nakal daripada rakan-rakan pembaca, komen anda dialu-alukan.

Bicaraku Buatmu

Dalam perjalanan langkah seribu,
aku melangkah meniti hari,
tiada beriringan dengan teman,
keseorangan jua ku bawa diri.

Dalam langkah aku lesu,
dirasa longlai membawa diri,
lemah semangat yang aku rasa,
tiada siapa dapat memahami.

Dalam hati adanya perasaan,
ada rindu yang berputik,
kubiarkan subur disirami cinta,
mengharapkannya mekar di suatu hari.

Dalam rindu ada sebak,
yang jauh itu punca,
ku harap masanya kan tiba jua,
ketemu semula di lain masa.

Dalam kata ada bicara,
seribu makna yang terselit,
bukan itu yang kau lihat,
tapi jelas tiada kau cari.

Dalam salah yang terbuat,
itu khilaf seorang manusia,
bukan aku makhluk sempurna,
kemaafan jua yang aku pohon.

7:35PM 16-NOVERMBER-2009

beliamuda: [1] Buat insan yang memahami, aku sudah tiada kata untuk diungkap. Lidah sudah kelu mahu bicara. Otak sudah penat untuk memikirkan. Terima kasih buat yang menasihati dan memahami. Tanpa kalian, dirasakan aku betul-betul meniti cabaran ini berseorangan. [2] Tahniah buat Mama yang konvo semalam. Sedih sebab tak dapat ada sekali masa konvo tu… T_T [3] Salam hari lahir yang ke-20 buat sahabatku, Muhd Irsyaduddin Zakwan bin Nor Saeran. Inilah janji yang terpaksa aku mungkiri… :P

16

November
2009
Masa: 20:00

20 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. sungguh rumit mekanisme hati :)

    Kebanyakkann orang akan dapat merasa bahagia apabila mereka mahu menjernihkan fikiran

    tc
    .-= Kujie´s last blog ..Kenapa katak berbunyi malam ini? =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Kujie, nak jernihkan fikiran pun melalui keadaan yang sukar.. banyak sangat cabarannya…

    [Reply]

  2. kuatkan semangat bro..
    moga yg terbaik buat ko!
    chill..jom njoy futsal esk
    .-= penaberkala´s last blog ..CHEME JAN 09 PREMIER LEAGUE 2009 (CPL’09) =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @penaberkala, beres bro! jejom.. aku sokong pasukan menang je.. so, pastikan geng mung menang, nanti aku sokong.. haha~

    [Reply]

  3. tkas

    aiii…ni sajak yg dikarang sendiri ke?

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @tkas, a’ah.. dikarang sendiri la.. tu yang tulis masa dan tarikh tu… kenapa?

    [Reply]

    tkas Reply:

    @beliamuda, wow mantap!!! mmg mcm kate2 dr hati dowh.. awat sentimantal sgt ni??

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @tkas, huhu… memang datang dari hati pun… sesekali sentimental di kala stres masa exam dan sedikit cabaran yang datang melintang…

    [Reply]

  4. buat insan yg brkenaan, apa lah salahnya kalau satu kesilapan dimaafkan dgn hati yg tenang & ikhlas. aman sentosa hidup ;)
    .-= nazra´s last blog ..Siapa sebenarnya Nazra ni? =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nazra, (^_~)v

    [Reply]

  5. wah..,sungguh indah… :D
    .-= ishak hasimi´s last blog ..RM31 million Swisscash return to investors =-.

    [Reply]

  6. indah kata2nya, ayat2nya…:)
    [utk CPL,kenape jd penyokong je?
    jd pom2 boy ea?]

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ikin, ceh, bukan pom2 boy la.. jadi wartawan, tukang ambil gambar dan tukang jerit je.. huhu~

    [Reply]

  7. waaa boleh tahan la bro buat sajak sendiri nie. ayat pun mcm power ni, ada bakat la bro. hehe.

    wwwsyedakmalcom

    [Reply]

  8. ada prob dgn awek ke ni bro?
    .-= x-po´s last blog ..MASAKAN SIAPA LEBIH SEDAP? LELAKI ATAU PEREMPUAN? =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @x-po, takde lah… awek pun aku takde… sje meluahkan apa yang terbuku di hati.. :)

    [Reply]

  9. bila hujan yang lebat berhenti.. suasana sekeliling tiba-tiba jadi tenang… rasanya hidup kita pun macam tu jugak..
    .-= zuls´s last blog ..Follower atau Duit? Buat Duit Twitter =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @zuls, mengharungi hujan lebat tu yang kadang2 membadai ganas, terasa sukar untuk menempuhnya…

    [Reply]

  10. Hehe.. memang berbakat beliamuda ni.. :) .. perasaan bila dirungkaikan dalam bentuk yang indah tentu mudah sampai dihati yang membacanya.. moga-moga begitulah.
    .-= zuls´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @zuls, harapnya begitulah.. :)

    [Reply]


1 Trackbacks/Pingbacks

  1. (Fotograf) Luka Seribu Rindu – Bicaraku Buatmu | beliamuda {dot} com 17 07 10

Komen anda

CommentLuv badge