Sistem Kutipan Tol Elektronik di Lebuhraya Karak

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat semua.

Plaza Tol Gombak dan Bentong

Sistem kutipan tol elektronik sepenuhnya di Lebuhraya Karak iaitu di Plaza Tol Gombak dan Plaza Tol Bentong akan bermula pada 9 September 2015. Ini bermakna, pembayaran tol secara tunai akan dimansuhkan di kedua-dua plaza tol tersebut dan hanya Touch’nGo atau SmartTAG diterima sebagai medium pembayaran.

Kutipan tol secara elektronik ini dilihat sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua plaza tol tersebut. Lebuhraya Karak juga kini boleh dilalui terus sehingga ke Kuala Terengganu dengan pembukaan sepenuhnya jajaran Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) yang bersambung dengan Lebuhraya Pantai Timur di Jabor.

[Twitter]

beliamuda: Lebuhraya Karak, LPT dan LPT2 menggunakan kod yang sama iaitu E8.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge