LRT Extension Project (LEP): Tambang Percuma di 4 Stesen Baru

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera buat semua.

Stesen LRT Kinrara BK5 #AmpangLine #LRTExtension #Malaysia

A photo posted by Muhammad Hanifi (@beliamuda) on

Sebelum ini, saya ada menulis mengenai tren 6 gerabak yang baru untuk LRT Aliran Ampang. Tren 6 gerabak ini dikenali sebagai AMY dan akan beroperasi di 4 stesen baru iaitu Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

Operasi pertama AMY akan bermula pada 31 Oktober dan hanya bergerak di antara stesen baru sahaja buat masa ini. Jadi, untuk ke stesen lain di sepanjang laluan Aliran Ampang, pengguna perlu turun di stesen Sri Petaling untuk menyambung perjalanan dan begitulah sebaliknya.

Selama sebulan bermula 31 Oktober, servis AMY di antara stesen baru tersebut akan disediakan secara percuma. Tidak pasti pula sama ada harga baru LRT akan diumumkan terus pada hari yang sama atau sebulan kemudian, seperti semasa pengenalan BRT (baca: Bus Rapid Transit) di Sunway (baca: Sunway Line).

beliamuda: Jalan-jalan naik tren baru esok?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge