Cuti yang membawa kalut dan keletihan (2)

Salam sejahtera buat semua.

Entri adalah sambungan daripada entri sebelumnya

Semasa solat Jumaat, khutbah yang disampaikan adalah berkaitan H1N1. Imam mengambil peluang semasa membaca khutbah untuk mengumumkan penutupan UTP yang bermula pada pukul 3 petang. Sepanjang khutbah, Imam banyak mengingatkan tentang sebab datangnya H1N1 dan apakah yang perlu dilakukan. Kerana tiba agak lewat, saya tidak sempat untuk mendengar keseluruhan khutbah.

Selesai sahaja solat Jumaat, saya mengambil peluang untuk membuka semula elearning. Nasib saya baik sebab dapat akses masuk dan membaca sendiri notis rasmi tersebut, sebelum menyalin dan menyiarkannya dalam entri di blog ini.

Continue reading

Kemaskini Pantas: UTP juga ditutup?

Salam sejahtera buat semua.

Ini adalah kemaskini pantas mengenai status penutupan sementara Universiti Teknologi Petronas akibat daripada virus H1N1. Setakat ini, masih belum ada kes positif H1N1 diumumkan, namun ura-ura mengatakan berita penutupan itu adalah sahih.

Berita yang diterima daripada HICOM Convo Fair 2009 mengatakan berita penutupan adalah sahih dan tepat. Namun, masih belum ada penutupan rasmi diumumkan di laman web UTP mahupun Elearning. Sekarang ini, HICOM Convo Fair sedang menngadakan mesyuarat tergempar. Continue reading