Salam sejahtera buat semua.
Dua hari yang lalu, iaitu Jumaat lepas, saya ada memasukkan dua entri mengenai penutupan Universiti Teknologi Petronas (UTP). Dalam kekalutan menerima berita penutupan itu, pelbagai perkara dan masalah datang melintang.
Lewat malam Jumaat tersebut, terdapat beberapa berita tersebar mengenai penutupan UTP. Namun, masih belum ada kesahihan akan hal tersebut. Yang ada hanyalah penyebaran notis tentang masalah terkini berkaitan H1N1 di UTP. Semasa membaca notis tersebut, tidak tergambar langsung yang UTP akan ditutup.
Awal pagi Jumaat tersebut, saya memulakan rutin harian seperti biasa. Pagi tersebut memang ada kelas seawal pukul 8 pagi. Sebelum ke kelas, saya menerima balasan SMS daripada seorang rakan yang bernama Faris. Katanya, Rektor akan mengumumkan penutupan UTP.
Di kelas, saya dapat mengesan jumlah ketidakhadiran yang tinggi, iaitu perkara biasa untuk kelas awal pagi namun beberapa orang rakan yang merupakan HICOM Convo Fair 2009, tidak kelihatan.
Sebaik sahaja habis kelas tersebut, saya terus pulang ke bilik. Tidak berapa lama kemudian, saya menerima satu mesej daripada Faris meminta untuk saya menguruskan tiket untuk pulang, Dalam keadaan yang kelam kabut, saya sempat memberitahu beberapa orang rakan lain yang masih berada di kawasan blok akademik.
Sempat juga saya mengemas kini entri baru berkenaan berita penutupan UTP. Nasib baik kelas pada pukul 9-11 telah dibatalkan. Semasa tiba untuk kelas pukul 11, saya dihujani persoalan daripada rakan yang mahukan kesahihan. Pada masa tersebut, masih belum ada pegumuman rasmi.
Sekitar pukul 12, notis penutupan telah ditampal di kawasan cafe. Eleaning pula menerima jumlah trafik yang tinggi sehingga menyebabkan kesukaran untuk mengaksesnya. Pada masa tersebut telah kelihatan beberapa orang pelajar beredar daripada asrama dengan membawa beg masing-masing.
Bas paling awal untuk pulang ke Pantai Timur adalah pada pukul 3 petang. Saya menolak tawaran tersebut kerana tidak sempat untuk bersiap. Rakan lain turut menolak tawaran tersebut dan meminta saya untuk mencari tiket di luar. Saya bercadang untuk keluar ke Batu Gajah bersama rakan sebaik sahaja selesai solat Jumaat.
beliamuda: kena sambung entri seterusnya.. -_-“
Pingback: Cuti yang membawa kalut dan keletihan (2) | beliamuda {dot} com
Pingback: Debaran Final Exam Datang Lagi | beliamuda {dot} com