Kemaskini Pantas: UTP juga ditutup?

Salam sejahtera buat semua.

Ini adalah kemaskini pantas mengenai status penutupan sementara Universiti Teknologi Petronas akibat daripada virus H1N1. Setakat ini, masih belum ada kes positif H1N1 diumumkan, namun ura-ura mengatakan berita penutupan itu adalah sahih.

Berita yang diterima daripada HICOM Convo Fair 2009 mengatakan berita penutupan adalah sahih dan tepat. Namun, masih belum ada penutupan rasmi diumumkan di laman web UTP mahupun Elearning. Sekarang ini, HICOM Convo Fair sedang menngadakan mesyuarat tergempar.

Dimaklumkan juga terdapat larangan keluar masuk bermula pukul 12 tengah hari. Perkara ini masih belum sahih dan masih menunggu pengumuman rasmi.

Harap maklum. Sekian…

beliamuda: kemaskini akan dilakukan daripada semasa ke semasa… itupun kalau internet tidak terganggu.. -_-“

Kemaskini 12:27PM

Masih belum terlihat akan notis rasmi penutupan UTP, namun beberapa orang rakan telah mengesahkan tentang penutupan tersebut. Penutupan sementara itu berkuatkuasa mulai petang ini. Pelajar diberi masa untuk mengosongkan asrama sehingga esok.

Kebetulan tadi pergi ke Poket C yang menempatkan klinik UTP, turut kelihatan beberapa orang pegawai kesihatan yang bersiap sedia di situ. Berkemungkinan akan ada pemeriksaan kesihatan sebelum pelajar dibenarkan pulang. Namun, prosedur ini masih belum disahkan.

Kemaskini seterusnya akan dilakukan apabila terdapat pengesahan rasmi tentang penutupan sementaran UTP.

beliamuda: dengar kata wajib kosongkan.. tapi masih belum pasti tentang keadaan sebenar…

4 thoughts on “Kemaskini Pantas: UTP juga ditutup?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge