Penafian oleh Pihak Ramly Berkaitan Dengan Isu Frankfurter Lembu

Salam sejahtera buat semua.

[Amaran: Sila baca keseluruhan artikel]

Frankfurter Lembu Ramly

Semalam, saya ada melihat tiga keping salinan laporan yang bertajuk “Sampel Franfurter Lembu (Ramly) didapati mengandung​i DNA khinzir” yang telah dikongsikan oleh rakan di Twitter. Laporan tersebut yang bertarikh 24 Oktober menyatakan tentang Food Alert yang dilaporkan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah. Salinan laporan tersebut yang telah tersebar boleh dilihat di bawah. Saya pasti ramai yang telah melihat salinan laporan tersebut yang tersebar dalam laman sosial.

Untuk paparan lebih jelas, sila klik pada gambar-gambar di atas dan baca isi kandungan yang terdapat di dalam kertas laporan tersebut.

Sebaik sahaja mendapat salinan laporan seperti yang tertera di atas semalam, saya telah mengajukan pertanyaan khas terus kepada pihak Ramly Food Processing Sdn. Bhd., Bahagian Halal JAKIM dan Pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah (awal pagi tadi).

Setakat ini, hanya pihak Ramly yang telah memberikan maklum balas dengan salinan surat penafian khas mengenai perkara ini berserta surat sokongan yang berkaitan, sijil halal yang dikeluarkan oleh Halal Industry Development Corporation (HDC) dan juga salinan laporan polis (berkaitan dengan sebaran laporan di atas dan ke atas sebuah blog yang menyebarkan).

Penafian Pihak Ramly

01hb Disember 2011
Kepada
YANG BERKENAAN
PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)
Perkara di atas adalah dirujuk.
Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim – ada di bawah yang dihantar kepada Pengurus Giant Superstore Kulim).
Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM – turut dihantar oleh pihak Ramly tetapi saya tidak masukkan dalam entri ini. Boleh rujuk di Flickr).
Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotechada disertakan di bawah).
Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).
Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.
Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.
Sila ambil perhatian tegas mengenainya.
Yang benar,
DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI
Pengarah Urusan
Kumpulan Syarikat Ramly

Surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim
Surat Jabatan Kesihatan Daerah Kulim kepada Pengurus Giant Superstore Kulim

Sjiil Halal RamlySijil Halal JAKIM yang dikeluarkan oleh HDC

Sijil Halal RamlySijil Halal JAKIM yang dikeluarkan oleh HDC

Analisa Tech Park Malaysia BiotechKeputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech

Terdapat beberapa laporan polis yang telah dibuat oleh pihak Ramly berkaitan dengan isu DNA khinzir yang dikesan dalam Frankfurter Lembu Ramly. Di bawah adalah salinan laporan polis yang turut dikepilkan bersama dalam emel.

Laporan Polis Ramly
Laporan polis yang dibuat pihak Ramly kepada sebuah laman blog

Laporan Polis Ramly
Siasatan akan dijalankan oleh pihak polis berkenaan laporan oleh pihak Ramly

Laporan Polis Ramly
Laporan pihak polis oleh pihak Ramly berkaitan seorang peniaga di Jitra, Kedah

Diharapkan, tulisan kali ini akan menjawab sedikit sebanyak kegusaran pengguna berkenaan produk makanan Ramly terutamanya Frankfurter Lembu yang disyaki mengandungi DNA khinzir. Bagi yang inginkan maklumat lanjut dan lebih jelas, sila hubungi terus pihak Ramly Food Processing di talian 03-61842972.

beliamuda: Isu halal haram makanan bagi umat Islam bukan untuk dipermainkan. Semoga semua jelas dengan isu ini. Jika ada respon daripada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, saya akan kemaskini kemudian.

12 thoughts on “Penafian oleh Pihak Ramly Berkaitan Dengan Isu Frankfurter Lembu

  1. aslmkm
    jika kita perhatikan seolah2 ramly LEPAS TANGAN.kenapa x amik tindakan pd GIANT yg mgedarkan produk PALSU?
    begitu juga dgn JAKIM-di mana laporan analisa yg myanggah keputusan Jab Kesihatan Kedah.
    sbg ahli dlm bidang makanan, pkara tsebut x ikut prosidur.
    wslm

    • @jas, saya tidak pasti apakah yang dimaksudkan dengan lepas tangan pada ayat saudara di atas sebab laporan polis telah dibuat terhadap produk (sampel) yang dikatakan ada DNA khinzir tersebut dan tidak juga diperkatakan produk palsu itu dikesan di GIANT melainkan sampel berlainan diambil dari GIANT dan diuji.

      Berkenaan prosedur, saya memang tidak tahu SOP-nya.

      • @beliamuda, rujuk psoalan yg sy timbulkan.
        bukankah ada akta mjual barang2 tiruan.
        prosidur GIANT sblm membeli apa2 produk memerlukan audit ke atas pgeluar dan dikehendaki mpunyai sijil HACCP/ISO22k dan juga pelbagai prosidur mereka yg ketat sbgmn yg syarikat kami lalui utk mjadi pembekal mereka.
        JAKIM-x mgeluarkan laporan bdasarkan analisa Jab Kesihatan KEdah.mana yg benar….JAKIM atau KKM?
        byk psoalan bmain di minda.wpn kytaan di pantau rapi…apa yg dimaksudkan dgn rapi…24jam?pemantauan hanyalah bsifat psampelan..sebulan 1x atau 6bulan sekali.
        Seharusnya pihak Ramly perlu myaman GIANT kerna mgedar produk palsu sekiranya sah ada org meniru produk ramly dan siasat hingga ke lubang cacing SIAPA DALANG YG MENIRU produk ramly.
        isu halal haram amat berat dan diharap pihak ramly siarkan siapa dalangnya selepas lengkap siasatan dan saya jangka TIDAK ADA DALANG DITANGKAP! kita tgu dan lihat.

        Soal babi dlm ayam tak spatutnya mjadi pkara yg mghairankan kerna pengusaha ayam adalah cina.

        p/s: utk makluman sume pguna islam…KICAP JALEN dikeluarkan oleh pengusaha cina bukannya MELAYU sebagaimana kita fikirkan.pkara ini sy pun baru tau dari rakan dlm bidang industri kicap.
        lihat betapa mudah kita org melayu di tipu.

  2. Salam, memandangkan ada usaha untuk mensabotaj jenama Ramly, bagaimana kita sebagai pengguna biasa dapat membezakan produk yang asli dengan yang tidak? Boleh beliamuda tolong dapatkan no siri yg sebetulnya dari pihak Ramly untuk rujukan bersama? Sekurang2nya dapat menyemak produk yg sedia ada di rumah. Buat masa ini cara terbaik mungkin adalah dengan membeli terus dari outlet Ramly. Akan datang mungkin pihak Data Hj Ramly dapat memikirkan kaedah bagaimana mengelakkan counterfeit dari segi bungkusan. Terima kasih.

  3. Adabi pn sekarang syarikat cina dh beli..sbb tu skrg adabi dh mula iklan balik dengan pelbagai bentuk iklan..

    so, lps ni adabi pn kita kena berhati-hati..

  4. @jas, Adalah menjadi Tanggungjawab kami sebagai orang islam mengeluarkan makanan untuk orang-orang islam.

    Sejarah awal Jalen Sdn. Bhd. bermula pada November 1981 iaitu tarikh Jalil Enterprise ditubuhkan. Kegiatan utama ketika itu hanyalah membekalkan kicap berjenama Habhal secara kontrak. Kesedaran dan keinginan untuk menghasilkan produk jenama sendiri timbul sebaik sahaja kontraknya ditamatkan pada November 1986.

    Bulan Ogos 1988 menyaksikan kelahiran suatu era dalam dunia industri pemakanan apabila Jalen Sdn. Bhd. ditubuhkan dengan matlamat utamanya adalah untuk membekalkan kicap jenama JALEN secara terus kepada pengguna. Sejak penubuhannya, kicap Jalen telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna di mana keadaan tersebut telah memberangsangkan perkembangan industri ini.

    Kini dengan pelaburan berjuta ringgit, Jalen Sdn. Bhd. telah melangkah ke hadapan dengan pembelian dan penggunaan alatan serta mesin berteknologi canggih. JALEN Sdn. Bhd. terus menerajui industri pemakanan yang diceburinya; di dalam menghasilkan produk-produk baru yang berkualiti, ia amat menitik-beratkan aspek kebersihan dan kesucian mutu barangan di samping keaslian citarasa sebenar barangan dikekalkan. Pengguna tidak perlu ragu-ragu apabila membeli pelbagai barangan keluaran Jalen Sdn. Bhd. kerana kesemua barangan keluarannya adalah HALAL di sisi Islam dan telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), serta menepati Akta Peraturan Makanan 2000.
    Selain daripada kicap, pelbagai produk berjenama JALEN seperti sos cili, sos tomato, sos tiram, taucho, cuka, cordial seperti oren, sirap ros, anggur, mangga, laici, sarsi dan barli telah dipercayai dan dikenali oleh pengguna kerana bermutu tinggi dan mempunyai citarasa yang tersendiri. Jalen Sdn. Bhd. sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti barangan keluarannya agar pengguna dapat menikmati keistimewaan citarasa makanan sebenarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge