Ucapan Selamat Tahun Baru 2011

Salam sejahtera buat semua.

Kalendar 2011

Kalendar 2011

Tahun 2010 sudah meninggalkan kita. 365 hari yang telah berlalu dipenuhi dengan pelbagai ragam dan warna-warni kehidupan. Apakah pencapaian terbaik anda sepanjang tahun 2010?

Hari terakhir 2010. Renungkan sejenak untuk pencapaian sepanjang tahun.
*status yang ditulis semalam, 31 Disember 2010*

Tahun baru 2011 kini menjelma. Sudah sedekad kita menempuh alaf baru 2000. Setiap kali tahun baru tiba, azam tahun baru pasti ditanya. Sebelum azam baru dibina, renungkan dahulu pencapaian kita sepanjang setahun yang lalu. Berjayakah kita?

Malam Sambutan Tahun Baru

Satu aktiviti yang sangat signifikan dengan Tahun Baru 2011 ialah sambutan di ambang detik-detik memasuki tahun baru. Ramai yang mengambil peluang menyambut tahun baru dengan mengira tibanya jam 12:00 malam sebagai tanda tibanya di tahun  baru.

Di kawasan-kawasan tertentu di seluruh dunia, pasti adanya pesta menyambut ketibaan tahun baru. Kebiasaannya, pasti ada pertunjukkan bunga api sebaik sahaja detik jam 12 malam tiba, disambut sorak gegak gempita pengunjung yang hadir dalam pesta tersebut. Selepas itu juga, bergelombang ucapan Selamat Tahun Baru 2011 sesama umat manusia.

Pada malam sambutan tahun baru, dimanakah para remaja, belia dan rakan sebaya kita? Adakah berada dalam pesta sambutan tahun baru bersama teman istimewa, berada di rumah menikmati tidur waktu malam atau berseorangan merenung kelam malam?

Masing-masing ada jawapan yang tersendiri. Setiap peri laku pasti ada akibatnya nanti. Bersedialah untuk natijah yang tidak elok jika peri lakunya buruk. Jangan disalahkan tingginya gunung jika kudrat tidak sekuat mana.

Selamat Tahun Baru 2011

Ringkasnya, saya cuma mahu mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pembaca beliamuda {dot} com, semoga tahun 2011 menjadi yang lebih baik berbanding tahun 2010.

“Yesterday is memory. Today is a gift. Tomorrow is a hope. Let’s begin New Year 2011 with faith, love, peace and new hope.”

“Doesn’t matter who you are, where you are, how old you are, your religion, your race, your political view; remember one thing. Hati Mau Baik~. Happy New Year 2011. (via Abu Raihan)”

beliamuda: 1.1.11 adalah angka yang menarik. Tapi saya menantikan tarikh 10.1.11. ^_^

5 thoughts on “Ucapan Selamat Tahun Baru 2011

  1. Pingback: Suasana Sambutan Tahun Baru 2011 di Seluruh Dunia | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge