(Video) Official Trailer: Hikayat Merong Mahawangsa

Salam sejahtera buat semua.

Hikayat Merong Mahawangsa

Teruja. Itulah perasaan saya bila menonton official trailer filem Hikayat Merong Mahawangsa yang bakal ditayangkan pada 10 Mac 2011. Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah filem yang dihasilkan oleh KRU Studios.

Mugkin ada yang dah tengok trailer filem Hikayat Merong Mahawangsa sebelum ni. Apa salahya kalau tengok sekali lagi kan. Official trailer ni diambil terus daripada channel YouTube krustudios.

Official English Trailer: Hikayat Merong Mahawangsa

Official Bahasa Malaysia Trailer: Hikayat Merong Mahawangsa

(Extended Trailer) The Malay Chronicles: Bloodlines

Memang gempak ah trailer untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa ni. Dua tiga kali juga saya ulang tengok. Macam tak percaya filem ni dihasilkan oleh KRU Studios. Harapnya, filem ini juga akan membuatkan penonton teruja dan menaikkan nama industri filem Malaysia secara amnya. Moga plot filem ni menarik dan mendapat sambutan penonton.

Dengan bajet RM8 juta, filem Hikayat Merong Mahawangsa dibintangi oleh pelakon lokal dan luar negara seperti Stephen Rahman Hudges (Malaysia/UK), Jing Lu (UK), Gavin Stenhouse (UK), Hendrik Norman (Sweden), Craig Fong (Australia), Dato Rahim Razali, Wan Hanafi Su, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Nell Ng, Keith Chong, Jehan Miskin, Deborah hanry, Ravi Sunderlingam, Kuswadinata, Mano Maniam dan Faiz Aizuddin Azmi.

Baca petikan sinopsis filem Hikayat Merong Mahawangsa di bawah.

Sinopsis Filem Hikayat Merong Mahawangsa

Merong Mahawangsa adalah daripada keturunan Alexander The Great yang merupakan seorang nakhoda tentera laut yang terkenal pada era kegemilangan empayar Rom. Pada masa yang sama, Dinasti Han berkuasa di Asia Tengah. Ketika armada tentera Rom singgah di Goa, Merong Mahawangsa telah diarahkan untuk mengawal Putera Rom ke Asia Tenggara untuk melamar seorang puteri raja dari Dinasti Han. Mereka akan bertemu di pertengahan perjalanan dan seterusnya berkahwin.

Walau bagaimanapun, lanun yang berbangsa Geruda punyai rencana jahat. Mereka menculik Puteri China itu dan menjadikannya sebagai tebusan. Dalam perjalanan ke Selat Melaka, armanda Merong Mahawangsa diserang tentera Geruda ketika mereka berhenti di sebuah pulau kecil untuk mendapatkan bekalan.

Mampukah Merong Mahawangsa menyelamatkan puteri China dan kembali bersatu dengan tunangannya dalam perkahwinan yang ditetapkan untuk mempertemukan dua tamadun besar dari Timur dan Barat? Sama-sama kita tonton filemnya nanti. ^_^

beliamuda: Beri peluang kepada mereka…

6 thoughts on “(Video) Official Trailer: Hikayat Merong Mahawangsa

  1. filem ni bakal menjadi benchmark industri filem Malaysia…

    ditambah dgn Haq, UpinIpin etc, kalo setakat filem cikai cintan cintun lps ni, org dah tak pandang..

    menanti anjakan paradigma dlm industri filem dan seterusnya masyarakat =)
    Faris Al-Muhandisu´s last blog about ..Kenali PenipuMy Profile

  2. harapnye lepas ni pengarah kurangkan la buat cerita2 cinta & seram yg tidak memberi faedah…tp, kalau seram komedi takpe…salam..

    • @hafiz, betul, dah muak jugak ngan citer seram. kawan ada cakap, nape citer seram komedi lagi bagus. sebabnya, hantu kat Malaysia ni boleh jadi bahan lawak je, tak seram sangat pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge