Senarai 10 Sekolah Amanah Tahun 2011

Salam sejahtera buat semua.

Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan 10 buah sekolah berprestasi rendah, sederhana dan tinggi serta merentasi pelbagai latar belakang sosioekonomi sebagai Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan Amir mulai tahun 2011 atau dipanggil Sekolah Amanah.

Program yang berada dalam tajaan Yayasan Amir ini adalah sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), bertujuan untuk meningkatkan pembangunan modal insan bagi melahirkan pemimpin masa hadapan.

Senarai Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan Amir

Berikut adalah 10 senarai Sekolah Amanah yang terpilih di bawah program ini iaitu masing-masing lima buah daripada Johor dan Sarawak;

  • Sekolah daripada negeri Johor:
  1. Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Uda 2
  2. SK Kampung Layau
  3. Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kangkar, Pulai
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semenchu
  5. SMK Gelang Patah
  • Sekolah daripada negeri Sarawak:
  1. SM Sains Kuching
  2. SMK Bandar Kuching (2)
  3. SK Tabuan
  4. SK Empila, Samarahan
  5. SK Combine

Sekolah Amanah adalah sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan terpilih yang diurus secara usahasama oleh sektor swasta dan pentadbir-pentadbir sekolah di bawah naungan Kementerian Pelajaran.

Disunting semula daripada Utusan Malaysia

beliamuda: Awal tahun ni, Kementerian Pelajaran ada mengeluarkan Senarai Sekolah Prestasi Tinggi. Nyatanya, SBT dan Sekolah Amanah adalah dua program berbeza. Jika peringkat awal program Sekolah Amanah berjaya, kemungkinan ianya akan dikembangkan ke seluruh negara.

2 thoughts on “Senarai 10 Sekolah Amanah Tahun 2011

  1. Pingback: Senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) 2011 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge