Salam sejahtera buat semua.
Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan 10 buah sekolah berprestasi rendah, sederhana dan tinggi serta merentasi pelbagai latar belakang sosioekonomi sebagai Rangkaian Sekolah Amanah Yayasan Amir mulai tahun 2011 atau dipanggil Sekolah Amanah.
Program yang berada dalam tajaan Yayasan Amir ini adalah sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), bertujuan untuk meningkatkan pembangunan modal insan bagi melahirkan pemimpin masa hadapan.