Program Biasiswa Nasional Untuk Pelajar Lepasan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Program Biasiswa Nasional pertama kali diumumkan adalah semasa pembentangan Belanjawan 2010 pada 30/10/2009 yang lalu oleh Y.A.B Perdana Menteri. Sebanyak 30 tajaan biasiswa akan diberikan kepada 30 pelajar terbaik lepasan SPM 2009 untuk meneruskan pengajian di universiti terkemuka, sama ada universiti dalam negara ataupun universiti luar negara.

Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengenal pasti pelajar yang layak melalui keputusan SPM 2009 yang akan diumumkan kelak. Pelajar yang mendapat kesemua A dalam mata pelajaran SPM 2009 akan mempunyai kelayakan ditaja dibawah Program Biasiswa Nasional.

Pelajar yang akan ditaja berpeluang untuk meneruskan pembelajaran untuk ijazah pertama dalam pelbagai bidang berdasarkan pilihan masing-masing di universiti dalam negara ataupun universiti luar negara.

Kelayakan

  • Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM 2009 yang mendapat semua A+ (berdasarkan sistem gred baru SPM) dalam subjek yang diambil, dengan minima 9 subjek.
  • Berumur di bawah 18 tahun (19 tahun untuk pelajar peralihan) pada 31 Disember 2009.
  • Lulus temuduga yang akan dijalankan kelak.
  • Pelajar yang berjaya dengan permohonan ini akan mengikuti kursus persediaan yang akan diuruskan oleh JPA kelak.

Kriteria Pemilihan

  • Pencapaian akademik yang cemerlang, seperti dalam syarat kelayakan di atas.
  • Prestasi semasa temuduga dijalankan kelak.

Maklumat Tambahan

Maklumat lanjut mengenai Program Biasiswa Nasional boleh didapati di www.jpa.gov.my ataup dengan menghubungi terus (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri di kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

22 thoughts on “Program Biasiswa Nasional Untuk Pelajar Lepasan SPM 2009

  1. Pingback: 30 Penerima Pertama Biasiswa Nasional 2010 | beliamuda {dot} com

  2. saya baru pelajar stam 2009…. nak mohon biasiswa macammene..???
    sila beri tunjuk ajar..terima kasih…saya dengar da tutup betul ker.

    • @dambaan_zafeno, mudah je jawapannya. pihak penaja tidak akan melaburkan duit mereka dalam kalangan pelajar yang mereka tidak yakin akan memberikan pulangan. pinjaman ada la.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge