Perlukah Seorang Blogger Mendedahkan Rahsianya?

Salam sejahtera buat semua.

Zero Black RebellionKerahsian identiti sebenar di sebalik wajah Zero

Benda ni dah lama bermain di minda saya. Rahsia yang saya maksudkan di sini bukanlah rahsia berkaitan kehidupan peribadi seorang blogger. Apatah lagi rahsia yang berkaitan dengan negara. Tu pun kalau ada blogger yang tak sayang hidup nak kena penjara.

Yang dimaksudkan dengan rahsia di atas adalah berkaitan dengan blog yang diuruskan oleh seorang blogger tersebut. Tak kisahlah apa jenis blog pun. Daripada niche politik, gosip artis, isu semasa mahupun personal semata-mata.

Saya jadi lebih tertarik dengan hal ini apabila membaca komen Kak Jie di blog nazrien.com iaitu mengenai pendedahan kata kunci (baca: keyword) yang hot / panas di blog dia sendiri. Dipetik daripada komen Kak Jie tersebut:

dah serik dah nak publish keywords kat blog
rasa macam dikhianati kawan bila dia pun terus buat post tentang hal tersebut…

entri itu bukan isu semasa yang panas semusim
kalau isu semasa agak logiklah masing2 buat post yang sama

Rasanya, mesti ada para blogger lain yang pernah mendedahkan keyword yang pernah masuk ke blog sendiri. Kebiasaanya yang diambil terus daripada statistik yang disediakan nuffnang ke, atau apa-apa alatan statistik trafik blog yang lain.

Seingat saya, saya sendiri tak pernah lagi mendedahkan keyword yang masuk ke blog ni. Mungkin sebab saya kurang mengambil berat mengenai trafik yang selalu masuk ke beliamuda {dot} com kecuali sejak dua bulan yang lalu.

Satu lagi yang biasa seorang blogger tunjukkan ialah statistik blog masing-masing. Kalau tunjuk statistik sahaja, mungkin tiada masalah sangat. Kalau trafik tinggi, pembaca atau rakan blogger yang lain akan rasa kagum. Yang ni pernah la saya buat, terutama di kala tiada idea untuk menulis entri baru.

Jadi, apakah pandangan para blogger sekalian mengenai hal ini? Adakah anda pernah mendedahkan suatu hal kerahsian blog anda kepada rakan lain yang kemudiannya dimanipulasi oleh beliau?

Teringat kata-kata Bill Gates, dalam bisnes, walaupun anda adalah seorang kawan, kerahsian mengenainya tidak boleh didedahkan sama sekali.

beliamuda: Tahukah anda, apakah tagline blog ini? Ini bukan lagi rahsia. Haha~ [Entri pertama, 1 Februari 2010]

33 thoughts on “Perlukah Seorang Blogger Mendedahkan Rahsianya?

  1. Pingback: Pasca Contest Menangi RM20 | beliamuda {dot} com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge