Pasca Contest Menangi RM20

Salam sejahtera buat semua.

Setelah berakhir contest menangi RM20 tempoh hari yang turut diumumkan lima pemenang yang  mana tiga pemenang adalah pemenang bertuah (dipilih secara rawak) dan dua pemenang lagi dipilih daripada jumlah rujukan terbanyak kepada contest ini, urusan pemberian hadiah telah hampir selesai kesemuanya.

Kesemua peserta yang dihubungi melalui emel menerima hadiah mereka sebaik sahaja emel mereka diterima, kecuali seorang pemenang. Dua peserta yang membuat entri sedikit berbeza dan unik daripada peserta lain turut diberikan peluang memasang banner di sidebar blog ini (klik-klik di sebelah).

Pemasangan banner 125×125 yang sepatutnya bermula sejak 1 Februari yang lalu terpaksa ditangguhkan akibat kesukaran mengakses Internet. Namun, mulai pagi ini, banner dua peserta yang terpilih itu telah pun mula dipasang. Rancangnya nak beri lagi dua ruang kepada yang berminat. Sila cepat-cepat komen di bawah jika anda mahukannya. 😀

beliamuda: Tengok ada tiga rakan blogger yang mempamerkan statistik blog sepanjang Januari 2010. Nak tunjuk jugak ah pasni. Yang penting, ianya rahsia seorang blogger yang tidak memudaratkan. Kan?

16 thoughts on “Pasca Contest Menangi RM20

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge