Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi ijazah di universiti luar negara.

Kelayakan bagi permohonan biasiswa JPA PILN ialah:

  • Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM 2009 yang mendapat keputusan cemerlang.
  • Berumur dibawah 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) semasa 31 Disember 2009.
  • Lulus semasa proses temuduga.
  • Permohonan yang berjaya diwajibkan untuk mengikuti kursus persediaan yang akan diuruskan oleh pihak JPA kelak.

Kriteria pemilihan yang melayakkan lepasan SPM 2009 bagi program biasiswa JPA PILN 2010 ialah:

  • Prestasi akademik yang cemerlang.
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
  • Prestasi semasa proses temuduga.
  • Latar belakang keluarga.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

79 thoughts on “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2010

  1. saya pelajar lepasan matrikulasi 2009/2010. saya ingin melanjutkan pelajaran ke england melalui tajaan JPA. tetapi saya tidak tahu bagaimana nak apply. boleh membantu saya tak? Terima Kasih….

  2. sy nk tnye cket…
    cmme mane kalau pelajar lepasan diploma nk mohon biasiswa untuk pengajian kat luar negara?
    boleh ke?

    • @sya, rasanya memohon tu macam biasa je. mula2 cari dulu maklumat pasal uni + jurusan yang diingini tu. Dalam prospektus uni biasanya ada benda cmni.

  3. saya lepasan diploma,tp result spm yg lepas taklah teruk mane kot,kalau nak try apply guna result spm dulu2 boleh ke??

  4. nk tnye.. nk apply blaja kat luar negara lepasan diploma mcm mane?? asyik lepasan spm aje.. nk sambung degree kat luar negara laa… n mcm mane nk dpatkan tajaan skali laa..

    • @shema, hmm, rasanya kena apply sendiri dulu, lepas tu baru usaha sendiri cari biasiswa/tajaan. memang kebanyakan tajaan yang ada sekarang lebih tumpu kepada lepasan spm.

  5. JIKALAU DAPAT 9A TAPI ADA A+ ADA A- DAN ADA A,LAYAKKAH UNTUK MENDAPAT BIASISWA JPA?

Leave a Reply to eda Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge