Salam sejahtera buat semua.
Perhatian kepada pelajar-pelajar yang berniat untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA untuk sesi seterusnya (2010/2011), permohonan telah mula dibuka. Sila ambil perhatian terhadap segala tarikh-tarikh penting dan berkaitan.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah menetapkan tarikh permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011 adalah seperti berikut;
Lepasan Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi Undang-undang
-
Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 10 Disember 2009
-
Tarikh permohonan dibuka (Fasa 1) : 10 Disember 2009
-
Tarikh tutup permohonan (Fasa 1) : 10 Januari 2010
Lepasan Diploma dan setaraf/ STPM/ Matrikulasi/ Asasi 2008 dan sebelum
-
Tarikh iklan : 3 Januari 2010
-
Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
-
Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
-
Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010
Lepasan AUSMAT, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf
-
Tarikh iklan : 3 Januari 2010
-
Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 4 Januari 2010
-
Tarikh permohonan dibuka : 4 Januari 2010
-
Tarikh tutup permohonan : 4 Februari 2010
Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2009
-
Tarikh iklan : 31 Januari 2010
-
Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010
Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009
-
Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
-
Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STPM 2009 diumumkan
Lepasan STAM 2009/2008/2007
-
Tarikh iklan : 31 Januari 2010
-
Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010
Secara pukal mulai 20 Oktober – 20 November 2009
-
Tarikh permohonan dibuka : 2 Februari 2010
-
Tarikh tutup permohonan : 10 hari bekerja selepas keputusan peperiksaan STAM 2009 diumumkan
Lepasan SPM dan setaraf
Kategori A, B, C, D
-
Tarikh iklan : 31 Januari 2010
-
Nombor unik ID boleh dibeli di BSN mulai : 1 Februari 2010
Secara pukal mulai 12 Oktober – 13 November 2009
-
Tarikh permohonan dibuka :
Fasa 1 – 2 November 2009 – 31 Disember 2009
Fasa 2 – 2 Februari 2010 – 30 Mac 2010
-
Tarikh tutup permohonan : 30 Mac 2010
-
Tarikh akhir penghantaran dokumen : 30 Mac 2010 (Kategori C, D)
Dimaklumkan bahawa mulai tahun 2010 semua ambilan latihan guru program Diploma Pendidikan (DP) bagi lepasan ijazah adalah ditangguhkan dan akan hanya akan diteruskan sekiranya wujud keperluan.
Tarikh Pendaftaran Pelajar Baru
-
Lepasan STPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.
-
Lepasan Program Asasi PASUM/USIM/UIAM/UPNM/UiTM pada 23 Mei 2010.
-
Lepasan SPM dan setaraf adalah pada 26 dan 27 Jun 2010.
Maklumat di atas diperolehi daripada Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi. Para pemohon dinasihatkan supaya sentiasa memantau laman web ini dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendapatkan maklumat terkini.
Kredit kepada ePutra.
Untuk maklumat lain berkaitan kemasukan ke IPTA dan biasiswa, anda boleh melanggan kemaskini terus ke akaun emel anda melalui cara di bawah:
salam…nak tanye…keputusan rayuan upu keluar bler?
ad chance ker calon rayuan dapt program asasi?
@fara, lambat lagi.
@beliamuda,erm… ok…thanks
@fara, ok, sama-sama.
salam saya nak tanya result UPU untuk stpm atau setaraf diploma tu bila sebenarnya>kat atas tulis pendaftarannya pada 25/26 jun nie.so bila result dpt UPUnya keluar???
TQ3
@meh, tak pasti. Di laman upu pun masih belum dibuka, dan kalau tak silap dalam bulan ni juga.
haah tau bulan ni gak.
tapi selalunya kite dpt result tu 2 minggu be4 g U ke or seminggu be4 g U?TQ
@meh, urm susah lah nak repair brngn tuk ke u!
semakan kemasukan ke u bg lepasan stpm bile ya?
Bila akan kita dapat tahu keluar tentang keputusan untuk masuk ke U
tarikh semakan upu stpm/setaraf bila?? 18 or 19 jun ni..selalunya kuar akhbr tak??
sha´s last blog about ..Melangkah Melepasi 500 Tulisan Papan Kekunci
salam saya nak tanya bila keputusan rayuan STPM sesi 2010/2011 akan kuar….??
@myra, B0LE X SESAPE BG TAHU SAYA BLA RESULT RAYUAN STPM UTK SESI 2010/2011 AKAN KLUAR???
@MYRA, aq tgk dalam 1 blog dulu katanya akn klr 21 july 2010 nie….dalam upu online kata akn klr minggu ke-3 julai…..jadik bulannie lah…rasanya akn klr..
saya rase sedih sangat sebab saya terlepas tarikh pemohonan sambung belajar degree…saya akan dok mengangur je selama setahun sebelum pemohonan dibukak balik…
saya nk sambung terus degree tp klau macam nie rase mcm teruk sangat….
hi,
adik saya baru tamat diploma civil eng. di politeknik…
awal tahun nie dia nak mohon ke ipta sambung degree tp tak dapat sbb belum ambik MUET….
bulan 5 baru2 nie baru dia dapat menduduki ujian MUET tue…
jadi, bila kah tarikh permohonana baru ke ipta??
@BAINI, kalau tak silap, ada kemasukan dalam bulan november/disember.
salam…nak tanya,kalau yg dapat 2 krdt saje mcam mane nak smbg study ek…???ksian la yg mane xleh 3 krdt…
@anis, dengan persaiangan sengit sekarang, memang sedikit sukar. Biasanya, kalau pelajar tersebut mempunyai kekuatan kewangan, kolej2 berdaftar boleh menjadi pilihan.