Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma dan Setaraf

Salam sejahtera buat semua.

Lepasan Diploma dan setaraf serta lepasan STPM, Matrikulasi dan Asasi tahun 2008 dan sebelum serta lepasan STAM tahun 2006 dan sebelum yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon masuk ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2010/2011. Ini bagi mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di IPTA.

LULUSAN KATEGORI DIPLOMA

Mereka yang perlu memohon di bawah lepasan diploma dan setaraf ini adalah:

  1. Lulusan STPM/STP/HSC yang diambil pada tahun 2008 dan sebelumnya.
  2. Lulusan Matrikulasi tahun 2008 dan sebelumnya.
  3. Lulusan STAM tahun 2006 dan sebelumnya.
  4. Lulusan Diploma dari IPTA, Politeknik atau IPTS.
  5. Lulusan Ausmat, GCE A Level, HSC Foundation dan setaraf
  6. Kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.

Permohonan bagi Lepasan Diploma dan setaraf ini dibahagikan kepada dua kategori;

  • Kategori E – Untuk Aliran Sastera
  • Kategori F – Untuk Aliran Sains

SYARAT KEMASUKAN

Permohonan lepasan Diploma dan setaraf ke IPTA perlulah memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.

Syarat Am

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia atau kepujian dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia Kertas Julai; DAN
  2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2008 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
    • Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU
  3. Lulus Matrikulasi tahun 2008 atau sebelum dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
  4. Lulusan STAM tahun 2006 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid; ATAU
  5. Lulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; ATAU
  6. Lulusan Ausmat, GCE A Level, HSC Foundation atau kelayakan yang setaraf; DAN
  7. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET); DAN
  8. Menduduki dan melepasi tahap kesesuaian Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI). (USM sahaja).

Syarat Khas

Calon juga perlu memenuhi syarat kemasukan yang lain berdasarkan program pengajian yang dipohon.

PERMOHONAN

Permohonan kemasukan ke IPTA perlu dibuat melalui UPU dan USM.

  • UPU – permohonan kemasukan ke semua IPTA kecuali USM
  • USM – permohonan kemasukan ke USM sahaja

UPU

  1. Permohonan melalui UPU perlulah dibuat seperti berikut;
    • 4 Januari 2010 – 4 Februari 2010
  2. Sebelum membuat permohonan, pemohon perlu membeli nombor pin atau nombor unik ID dari Bank Simpanan Nasional (BSN).
  3. Seorang calon hanya boleh membuat satu permohonan dan tiga kali kemaskini sahaja.
  4. Pemohon yang mempunyai Taraf Penduduk Tetap sahaja yang dibenarkan mengemukakan permohonan melalui UPU. Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA yang berkenaan.

USM

  1. Permohonan melalui USM perlulah dibuat seperti berikut;
    • 4 Januari 2010 – 5 Februari 2010
  2. Calon perlu mendaftar dan mendapatkan Nombor Rujukan di laman web USM. Nombor Rujukan perlu disimpan untuk rujukan.
  3. Permohonan dan pendaftaran untuk Nombor Rujukan adalah percuma.
  4. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya dua program pengajian dan maksima sehingga lapan program pengajian.
  5. Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Yearly Inventory (MunsyI) yang akan diadakan di semua Pusat-Pusat Ujian seperti yang terdapat dan telah dipilih semasa membuat permohonan.
  6. Bagi program-program pendidikan di USM,calon-calon perlu memohon melalui UPU.
  7. Pendaftaran dan permohonan perlu dibuat secara online di Pohon @ USM.

TARIKH TUTUP

Tarikh tutup pendaftaran dan permohonan adalah;

  • UPU – 4 Februari 2010
  • USM – 5 Februari 2010

MAKLUMAT

  1. Maklumat di atas adalah sebagai panduan sahaja.
  2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan mengisi e-borang bagi UPU sila rujuk laman web rasmi Kemasukan ke IPTA dan bagi USM sila rujuk di laman web Pohon @ USM.

120 thoughts on “Permohonan Kemasukan ke IPTA Sesi 2010/2011 Lepasan Diploma dan Setaraf

  1. Hi, I do think this is a great website. I stumbledupon it ;) I’m going to come back yet again since i have bookmarked it. Money and freedom is the best way to change, may you be rich and continue to help others.
    Carolyn´s last blog about ..CarolynMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge