Setahun yang lalu

Salam sejahtera buat semua.

Setahun yang lalu, suatu titik permulaan dalam langkah yang penuh dugaan dan cabaran. Satu titik simpang yang membawa aku ke jalan penuh liku. Jalan yang ditempuh bersendirian. Suatu saat yang merubah dan mencorak perjalanan hidup yang dilalui sepanjang setahun yang lalu.

Setahun yang lalu, aku masih jauh daripada dunia blog, walaupun telah ada blog pada waktu itu, namun blog tidak dipandang sebagai suatu medium yang akan aku rasakan penting seperti sekarang ni. Ada blog hanya untuk dijadikan sarang lelabah enjin carian dan meyesakkan alam maya.

Setahun yang lalu, aku lalui hidup yang jauh berbeza dengan hari ini. Hidup yang aku rasakan statik sahaja sebagai seorang pelajar. Hidup yang tidak banyak bezanya setiap hari. Rutin yang sama, aktiviti yang tiada variasi.

Setahun yang lalu, satu cetusan semangat baru timbul. Tangan mula aktif semula untuk menulis. Tapi, masih belum mampu untuk mengetuk papan kekunci agar laju meluah rasa hati dan pandangan pada umum. Ketika itulah, lahirnya frasa, “kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali”. Semangat yang lama muncul semula, menyambung tulisan terakhir yang pohon dinoktahkan.

Setahun yang lalu, nyata banyak bezanya dengan kali ini. Banyak juga yang tak mampu kuluahkan di sini. Tapi, nyatanya tarikh ini pada setahun yang lalu memulakan langkah drastik yang membawa aku ke hari ini.

***

Terima perubahan itu,

tinggalkan sesalan,

jadikan pedoman,

kuatkan prinsip.

***

Aku patut bersyukur kerana masih lagi bernafas pada hari ini, untuk terus merasai nikmat seorang remaja yang menetap di negara yang aman ini. Alhamdulillah~

***

Mencorak hidup untuk masa depan,

melakar sejarah untuk dikenang,

mencipta memori untuk diingati.

Masa, mampukah bergerak seiring dengannya?

***

beliamuda: dan setahun berlalu, blog aku down pulak pagi tadi… error oh error.. terkejut juga bila tahu database tu entah hilang ke mana… macam dah ghaib gitu je… sandaran terakhir dibuat pada seminggu yang lalu… sabar je la kan.. harap-harap tiada yang hilang…

9 thoughts on “Setahun yang lalu

  1. truskn menulis bro..ambe suke bace blog demo ni..bnyk info..error ke?ptot la ambe xley bkk..lps tu bile bleh bkk entri baru demo xde..bnyk kli jgk refresh tp msh yg lame..Alhamdulillah msk ni x kecewa..ada 2 entri baru trs..heheh

Leave a Reply to nazra Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge