Aeman: Anak Soleh – Kasihi Ibu dan Bapa

Salam sejahtera buat semua.

melodi-d-hujung-minggu

Along dirotan lagi pada hari tersebut. Namun, kali ini lain sikit dia dirotan ibu. Lebih kuat daripada biasa. Barangkali ibu marah sangat dengannya yang telah menumbuk anak pengetua di sekolah tadi. Along berasa sangat sedih dengan tindakan ibu, tapi dia tahu, itulah sahaja ibunya.

Seminggu berlalu, ibu masih lagi dingin dengan Along. Along cuba untuk berbuat baik dengan ibu hari ni, namun Atih terlebih dahulu datang menolong. Tanpa disangka, dia terdengar satu perbualan mengenai Angah dan Alang. Pertanyaan daripada Atih sangat meruntun hatinya.

Akhirnya, Along mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah selama seminggu untuk berkerja dan menenangkan fikiran. Dia berkerja di bengkel Abang Joe dengan upah RM15 sehari.

Dia sebenarnya bercadang untuk menghadiahkan ibunya dengan jubah sebagai hadiah hari lahir ibunya. Pengakhiran cerita yang menyedihkan. Suatu cerpen ringkas tentang kisah seorang ibu dan anaknya. Anda boleh bacanya di sini; Jubah Buat Ibu.

***

Cerpen tadi aku baca pada hari terakhir aku berada di rumah masa cuti raya baru ni. Kena pulak lepas tu layan lagu Anak Soleh yang dinyanyikan Aiman. Memang menusuk kalbu betul. Dah la petang tu aku terima syarahan terbaik daripada Mama… 😛

Sambil baca tu, boleh layan video Anak Soleh ni. Ada dua versi aku letak kat sini. Satu versi asal dan satu lagi versi yang dimasukkan video di suatu majlis (lebih menyentuh hati).

***

Original

***

Alternatif

***

beliamuda: kalau rasa dah lama tak hubungi ibu dan ayah tu, cepat-cepaptlah call, tak pun SMS je…

14 thoughts on “Aeman: Anak Soleh – Kasihi Ibu dan Bapa

  1. buat ambe sedih bace crta mcm ni..ambe ada baca komen di ohIslam..ambe nangis satu mlm mnyelami perasaan kwn kita tu..crta mak jgn pegi dulu..

    ambe nmpk gns tp hati mudah tersntuh..hehe..

  2. Pingback: (Aeman) Buatmu Ibu – Kisah Seorang Anak | beliamuda {dot} com

  3. salam,
    dengar lagu nyanian Aeman, memang sedih dan tersentuh di hati… kekadang terasa tak seperti nyanyian tu walaupun ia sepatunya begitu…bagi seorang ibu… Namun ibu ini sentiasa berusaha menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya 🙂

  4. salamalaikum

    pertama-tama, syukur pada ALLAH swt kerana memberi kita ruang dan peluang utk berada ‘di sini’.

    keduanya..terima kasih ana ucapkan kepada sahabat2 yg sudi meng ‘upload’ cerpen ana ini dan memberi komen2 yg membina….

    semoga, kita semua seperti Along tabah dalam menghadapi ‘kemarahan’ ibu dan menyemai benih2 cinta buat ibu di dalam hati walaupun tatkala hati kita dilukai ibu sendiri. percayalah…selagi ibu itu seorang ibu…di sudut hatinya, ada ruang kasih buat kita anak-anaknya. insyaALLAH.

    syukran jazilan.. jengah2 le ke blog ana.. http://www.nurpalestina.blogspot.com

      • apa yang baik itu daripada ALLAh jua, dan yg kurang itu pastinya daripada kelemahan ana sendiri…
        mudah2an kita mengambil yang baik itu dan menegur segala keburukan dan kekurangan.

        salam perjuangan.

  5. Pingback: Imbas kembali Oktober 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge