Kemas kini wordpress versi 2.8.1

Salam sejahtera buat semua.

wordpress-resize

Hari ini, 10 Julai 2009, versi wordpress 2.8.1 telah dilepaskan oleh pembangunnya. Versi 2.8.1 telah membawa pembaikan kepada pepijat yang ditemui dalam versi sebelumnya. Antara sebab kenapa anda perlu segera kemas kini kepada versi 2.8.1 adalah kerana versi ini telah membaiki kelemahan sekuriti yang disebabkan oleh plugin yang mana membenarkan pengguna tanpa kebenaran yang sah untuk medapatkan maklumat berkenaan admin. Anda boleh baca maklumat penuh wordpress versi 2.8.1 di sini.

Kebetulan juga aku sedang sibuk memuat naik tema baru tadi, notifikasi kemas kini terpapar di bahagian Dashboard. Sebelum ini Release Candidate (RC) telah dikeluarkan sekali. Versi 2.8 telah membawa banyak perubahan dalam versi wordpess kali ini.

Proses untuk kemas kini kepada versi 2.8 tempoh hari sepatutnya sangat mudah memandangkan fungsi kemas kini auto telah diperkenalkan dalam versi 2.7. Namun, sedikit masalah teknikal semasa aku menggunakan versi 2.7.1 telah menyebabkan aku terpaksa memilih untuk kemas kini secara manual.

Proses yang sepatutnya tidak mengambil masa lebih daripada lima minit telah membawa kepada sejam. Oleh kerana aku juga tiada pengalaman kemas kini secara manual sebelum ni (pernah mencuba dalam localhost, tu pun main hentam), menyebabkan aku terpaksa berhempas pulas membelek laman rasmi wordpress.

Setelah khatam segala tunjuk ajar di situ, barulah aku memulakan proses kemas kini secara manual. Itu pun selepas backup dilaksanakan. Takut juga ada masalah yang lebih parah berlaku. Kemas kini pada masa tu sangat penting memandangkan versi 2.7.1 yang aku pasang tu pun memang sedang bermasalah.

Proses dimulakan dengan memadam fail-fail yang akan digantikan. Agak lama juga nak memadam sebiji-sebiji fail melalui FTP tu. Selepas selesai memadam, proses memuat naik dimulakan. Setelah muat naik selesai, aku cuba buka balik blog untuk proses kemas kini dengan database. Namun, error yang sangat pelik keluar.

Rupa-rupanya, aku tersalah memuat naik fail wordpress ke dalam direktori. Jadi, kena padam balik. Akhirnya, semuanya selesai juga apabila proses kemas kini dengan database berjaya. Lega la lepas tu. Masalah teknikal yang berlaku sebelum ini juga telah berjaya diatasi dan kali ini aku berjaya menikmati proses kemas kini secara auto dengan lebih pantas dan hassle-free untuk versi 2.8.1.

Bagi pengguna setia wordpress, sila kemas kini segera versi anda. Baru-baru ini terdapat beberapa blog yang aku baca telah disuntik dengan malware. Ada kemungkinan exploit dalam versi 2.8 ini diambil sebagai peluang keemasan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

beliamuda: kebetulan juga aku baru tukar tema baru untuk blog ni. Nampak ringkas dan putih bersih gitu. Beberapa penambahbaikan turut dilakukan…

4 thoughts on “Kemas kini wordpress versi 2.8.1

  1. isk3… bapak leceh… nak kene delete baru upload yg baru…

    tapi kan bro, bukan ke bley je upload trus, tanpa delete file lame…

    kire nnt file lame tu dia akan overwrite la…

    aku salu wat cmtu je… xyah nak delete2…

    cepat pon cepat…. muahaha…
    .-= p.I.S.y.E.k´s last blog ..Mozilla Firefox 3.5 =-.

    • @p.I.S.y.E.k, yup, memang boleh pun.. tu first time.. kena la ikut step yang dia bgi.. tpi, lepas tu dah tak delete dah.. main overwrite jek…

Leave a Reply to KampungBoy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge