Salam sejahtera buat semua.
Sejak seminggu dua ni, aku jadi payah sikit nak menulis. Mood nak menulis ada je. Idea pun ada. Tapi, sebab sakit bahu punya pasal, aku hilang mood bila nak menaip tu. Sakit bahu ni bukan sembarangan. Otot bahu kanan aku ni terasa menyengat semacam je sejak minggu lepas.
Ni semua gara-gara duk mengadap laptop lama sangat. Mana taknya, sejak adik aku takde, aku lebih lepak nak duduk depan laptop. Kalau layan internet tu, tangan kat tetikus tu memang tak lepas la. Kalau menaip, tangan pun lama gak duduk menari atas papan kekunci. Bila rasa sakit otot bahu tu baru gelabah nak gerak-gerakkan otot.
Sejak kesunyian di rumah ni, aku memang dah jadi hantu internet. Mana taknya, kalau adik aku ada, mesti berebut dengan dia nak layan drama Korea. Padahal ni laptop aku. Tapi, sebab aku yang hantu internet ni dah pasang daripada awal pagi lagi, memang laptop aku la yang akan jadi mangsa untuk kegunaan seisi keluarga. Tambahan pula, komputer kat rumah aku tu dah tua sangat dah. Kalau boot tu, boleh jugak la lima minit dia ambil masa.
Sejak aku terasa sakit sangat di bahu aku, aku mula kurangkan masa aku di depan laptop. Minggu ni la tu. Aku lebih tumpukan untuk baca artikel-artikel berat. Takde la laju sangat nak skrol ke bawah. Aku lebih rilekkan tangan aku masa pegang tetikus dan masa menaip.
Kesilapan terbesar aku ialah postur badan yang tidak betul. Meja yang aku guna untuk letak laptop ni adalah meja desktop. Jadi, tetikus tu berada sama tinggi dengan tempat letak laptop ni. Memang boleh je aku nak guna tempat letak papan keunci tu, tapi dah terbiasa macam ni kalau guna laptop.
Lepas tu, pasang pulak cooler kat bawah laptop. Paras papan kekunci laptop ni secara automatiknya menjadi lebih tinggi. Jadi, aku terpaksa naikkan sedikit tangan aku dan menjadikan postur badan aku dalam kedudukan yang salah. Lebih-lebih lagi kerusi yang aku guna ni adalah kerusi yang statik. Bukan kerusi yang boleh ubah tahap ketinggiannnya.
Natijhnya, otot bahu aku menjadi sakit. Sampaikan masa tengah baring pun terasa lagi. Nak tak nak, terpaksa la manjakan otot bahu aku ni sikit. Dia pun ada hak gak kan. Sebab tu la aku susah sangat nak kemas kini blog ni (alasan la tu :p).
Sepatutnya aku beli papan kekunci lain untuk disambung ke laptop aku ni. Yang dah ada kat rumah ni pulak tiada sambungan USB. Tapi, disebabkan minggu depan dah nak pergi merantau semula ke bandar Seri Iskandar, aku tangguh je la hasrat aku.
Dalam entri ni, aku nak berkongsi tip-tip yang sesuai untuk diamalkan bagi pengguna tegar macam aku ni:
- Gunakan papan kekunci dan tetikus pada paras yang sama dengan tangan. Nanti dah tak perlu nak angkat tangan tu. Angkat tangan tu la yang menyebabkan muscle strain pada otot bahu.
- Gunakan kerusi yang boleh diubah suai ketinggian supaya dapat disesuaiakan dengan ketinggian laptop.
- Gunakan kerusi yang ergonomik supaya tak berlaku sakit belakang yang disebabkan oleh lengkungan tidak patut pada tulang belakang.
- Gerakkan otot setiap lima belas minit. Ambil masa untuk beredar dari depan laptop supaya otot mata juga dapat direhatkan. Kalau mahu, boleh guna perisian untuk memberi amaran setiap 15 minit.
- untuk tip seterusnya, boleh tanya Google. Cuba la cari pasal postur, ergonomik, dan muscle strain.
beliamuda: nak taip entri ni pun berapa kali sakit bahu ni. Lepas gerak-gerak sikit, baru lega. Tapi, debaran result yang nak keluar ni tak reda-reda pun.
erm mana x sakit bahu asyik mengadap komputer jer 24jam haha.. ce la kuar pg main bola ke jogging ke kan.. hehe
aku kalau duk umah memang tak keluar main la.. kalau cuti, boleh gak main badminton dengan adik aku.. kalau tak, memang tak keluar la..
ada gak rancang nak kuar gi main basket, tapi kasut takde..
ala nipi..ko rileks2 dh la..ko sakit bahu tu sbb ko xbese lagi..nnti dh bese ok je 😛
apepun pasal result tu..mu toksah riso la
mu kan hebat..top scorer kan..hoho
apa lak tak besenya.. hehe.. aku tahu ko lagi tegar daripada aku..
~~sama-sama la doa semoga result elok nanti…
.-= beliamuda´s last blog ..Aduh, sakitnya bahuku! =-.
petanda ko kne kurangkan mse dpn laptop 😛
.-= rue´s last blog ..I Like Oprah~ =-.
tape, lepas ni dah tak leh duduk depan laptop sangat.. sem baru ni banyak masuk makmal..
.-= beliamuda´s last blog ..Aduh, sakitnya bahuku! =-.
same la kite 🙁
.-= rue´s last blog ..I Like Oprah~ =-.
aku mmg ketagih dengan tenet ni.fisrt duduk je tp klu da lenguh bercangkung je kat ats kerusi tu.huuu..
mmg susah nak tggl klu da mngadap tenet lg2 blie tenet laju..hee
.-= azizan4444´s last blog ..Aku Komen Isu Semasa – PPSMI Dimansuhkan, MJ Tinggalkan Dunia, dan Harga Cristiano Ronaldo =-.
itu memang ketagih betul tu… tapi, kalau laju tu, memang tak boleh nak lepas…
.-= beliamuda´s last blog ..Kemas kini wordpress versi 2.8.1 =-.