Keputusan PMR 2010

Salam sejahtera buat semua.

Berakhir sudah detik penantian menunggu keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) diumumkan. Keputusan PMR sudah pasti berada di tangan pelajar masing-masing. Mungkin ada segelintir sahaja yang belum lagi tahu keputusan PMR mereka. Ada jugakah yang mahu menyemak keputusan PMR 2010 secara online?

Pencapaian PMR 2010 Yang Terbaik

Seramai 30,863 daripada 439,456 calon peperiksaan PMR 2010 memperoleh semua A, peningkatan 0.65 peratus berbanding 28,188 calon tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini adalah 2.74 berbanding 2.78 tahun lalu, menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar pada tahun ini.

Pencapaian pelajar PMR tahun ini juga mencatatkan peningkatan daripada segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian melepasi tahap minimum. Nilai GPN calon luar bandar adalah 2.97 berbanding 2.93 manakala calon bandar mencatat nilai GPN daripada 2.68 kepada 2.65

Pada tahun ini, calon yang mendapat semua E menurun kepada 386 orang daripada 397 orang tahun lepas.

Suka dan Duka Sekitar Pengumuman Keputusan PMR 2010

Anda boleh juga baca lain-lain berita menarik mengenai keputusan PMR tahun ini melalui pautan berita di bawah:

Malang tidak berbau, ada juga kisah duka yang menghiasi berita hari ini:

Pelbagai ragam dapat dilihat semasa keputusan PMR 2010 diumumkan di sekolah-sekolah di seluruh negara. Ada yang melompat kegembiraan, ada yang menangis kerana terlalu gembira, dan ada juga menangis kerana tidak mendapat keputusan yang diinginkan.

Walau apapun keputusan PMR yang diperolehi kali ini, tumpuan untuk peringkat pembelajaran seterusnya telah pun bermula. Sesi persekolahan tahun depan pun sudah tidak lagi mahu dibuka semula. Jom kembali ke sekolah!

beliamuda: Ada suka dan ada duka. Itulah kehidupan…

4 thoughts on “Keputusan PMR 2010

  1. Pingback: Semakan Keputusan PMR 2010 Online | beliamuda {dot} com

Leave a Reply to Yussup Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge