Semakan Keputusan PMR 2010 Online

Salam sejahtera buat semua.

semakan keputusan pmr 2010 online

Bagi tiga peperiksaan awam terbesar di Malaysia untuk peringkat sekolah, masih belum wujud lagi sistem semakan keputusan secara online. Namun, ramai pelajar di luar sana yang bertanya wujudkah cara untuk menyemak keputusan PMR 2010 secara online (baca: dalam talian).

Semasa tahun saya mengambil PMR, saya tidak berkesempatan untuk turut serta ke sekolah semasa pengumuman keputusan PMR dibuat. Saya bersekolah di Pulau Pinang (MRSM Transkrian) tapi tinggal di Kelantan. Kebetulan, sekitar tarikh pengumuman keputusan PMR pada tahun tersebut, saya berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya.

Duga saya, tentu ramai lagi pelajar yang menghadapi keadaan yang sama seperti apa yang saya alami. Memang boleh saja telefon pihak sekolah untuk mengetahui keputusan PMR, namun tentu ada yang terlalu gugup untuk menelefon dan lebih selesa untuk menyemak secara online, tanpa gangguan dan secara bersendirian.

Jadi, perlukah diwujudkan sistem semakan keputusan PMR 2010 secara online sebagai salah satu alternatif?

beliamuda: Makin ramai yang mula selesa guna Internet untuk pelbagai urusan harian…

13 thoughts on “Semakan Keputusan PMR 2010 Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge