Salam sejahtera buat semua.
Hari ini, tujuh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan 11 daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dianugerahkan dengan pengiktirafan cemerlang menerusi Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (SETARA) 2009
Penganugerahan itu diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Berikut adalah senarai IPTA yang mendapat pengiktarafan cemerlang:
- Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Universiti Malaya (UM)
- Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Universiti Sains Malaysia (USM)
- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Universiti Teknolog Mara (UiTM)
IPT swasta yang terpilih sebagai cemerlang pula ialah:
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Sunway Universiti Kolej
- Curtin Universiti Teknologi Kampus Sarawak
- Monash Universiti Kampus Sunway
- Taylor’s Universiti Kolej
- International Medical University (IMU)
- Swinburne Universiti Teknologi Kampus Sarawak
- Universiti Nottingham Kampus Malaysia
- Management and Science Universiti (MSU)
Selain daripada penafaran cemerlang, sebanyak 25 universiti dan kolej (14 swasta dan 11 awam ) mencapai tahap sangat baik selain empat kolej universiti swasta menduduki tahap baik.
Namun, masih belum ada IPTA mahupun IPTS di Malaysia yang mencapai tahap terbilang.
Maklumat penuh penarafan Universiti dan Kolej Universiti untuk SETARA 2009 boleh didapati di portal SETARA MQA.
beliamuda: Saya bangga menjadi pelajar UTP. Adakah anda bangga menjadi pelajar universiti atau kolej anda?
yes.. uniKL!!
UniKL tersenarai.bangge!
UniKL IPTS No.1*
Assalamualaikum, saya nakmengambil kesempatan ini untuk mehucapkan tahniah ke atas Uni-Uni yang disetarakan oleh MOHE. Sama ada IPTA atau IPTS.
p/s: admin, sila betulkan list anda, list anda tidak sama dengan apa yang diputuskan oleh MOHE. Sila update list anda.
@Admin UniKL, apa yang salahnya? saya tengok sama je. Kalau pasal kedudukan, rasanya takde pun benda tu. Atau saudara sedar ada sesuatu yang salah di sini?
@Admin UniKL, list yang diputuskan oleh MOHE disusun mengikut abjad, jadi kalau ada masalah dalam susunan (tidak sama), bagi saya itu tidak perlu.
@beliamuda, halamak, admin UNIKL pun lepak sini jugak la.. hahaha… 😛
Pisyek´s last blog about ..Malam Apresiasi Medtech 2010
Tahniah UTM =)
Salam..Tahniah UKM..Bersyukur jadi pelajar UKM..Tapi sy sedih sebab cik beliamuda ‘bold’kan UTP sahaja..hu hu..
@Assobry, huhu.. nak wat cmne, itulah saja yang saya kenal.. 😛
@Assobry, bold UTP la sebab tuan punye blog lepak di UTP… hehe…
Pisyek´s last blog about ..Malaysia Open Source Conference 2010
@Pisyek, haha.. tak boleh blah betul ayat “lepas di UTP” tu… ~_~
Salam… Tahniah IIUM. IIUM merupakan antara yang pertama disenaraikan dalam Universti Terbaik di Malaysia. Bersyukur sangat dapat jadi student UIA.
@bibo,
Alhamdulillah..
Tak kisah la Uni mane pun yang tersenarai….
Asalkan kita mnafaatkan ilmu yang kita dapat sepanjang pengajian..
jangan bangga jadi pelajar university sekiranya berilmu tanpa beramal..
salam ukhwah~
mira´s last blog about ..Malas adalah Teman Kegagalan
Tahniah! UTP dapat tempat ketiga tu!
@Motivasi Kerja, tapi ni tak ikut ranking pun.
@beliamuda, kalau ada ranking pun best gak nih.. hihi…
Pisyek´s last blog about ..Malaysia Open Source Conference 2010
@Pisyek, ranking ni ikut Tier (Cemerlang, Terbaik) macam tu je la..
Sy student unikl mestech…wlupun mestech bru & blum smpat menyumbg pada unikl, sy ttp bgga mnjd slh sorg drpdnya…
hoho, tahniah. ikut ranking ke ape ni? uitm last sekali dlm ipta -__-” xpe yg penting, semua dapat jadi graduan yang berkualiti bila keluar nanti 🙂
naz´s last blog about ..Fiverr – “Saya Akan Buat Apa Saja Untuk 5 Dollar!”
@naz, takde la. tak ikut ranking pun. Even dalam portal MQA pun susun ikut huruf je.
bangga x dapat masuk U HHAHAHA