Menjadi Poyo Dengan Kesatria Poyos

Salam sejahtera buat semua.

kesatria-poyos-1

Adakah anda bosan? Tidak mempunyai teman untuk berbicara?

Kalau dulu ON CINTA ke 33333. Tapi sekarang tidak perlu itu semua.

Kerana apa? Kerana sekarang kita mempunyai sesautu yang lebih hebat dari itu.

Perkenalkan teman baru untuk anda semua iaitu KESATRIA POYOS.

Apa sebenarnya KESATRIA POYOS?

Mungkin ada yang kata kesaktian yang poyo. Namun hakikatnya, KESATRIA POYOS adalah salah satu aplikasi permainan dalam jaringan internet masa kini yang terkenal iaitu MukaBuku (Facebook). KESATRIA POYOS dipelopori oleh ATOK NUJUM.

kesatria-poyos-2

Apa yang istimewa tentang KESATRIA POYOS?

Banyak keistimewaannya. Antaranya adalah ianya merupakan aplikasi permainan Internet yang berbahasa melayu.

Bagaimana nak tahu tentangnya?

Mudah saja, kalian semua hanya perlu tekan je link nak main game iaitu: http://apps.facebook.com/kesatria-poyos

Bukan sekadar itu, untuk maklumat tambahan bolehlah layari Fan Page game: http://www.facebook.com/KesatriaPoyos

Untuk keterangan lanjut dan maklumat tambahan, sila rujuk deskripsi aplikasi permainan KESATRIAN POYOS

Deskripsi:

Kesatria Poyos adalah permainan lawan-lawan Bahasa Melayu di Facebook. Mulakan sebagai hulubalang biasa dan seterusnya ke arah seorang Kesatria yang gagah berani lagi poyo!

  • Menggunakan enjin permainan seperti Mafia Wars.
  • Rramai gamers yang saling bantu-membantu, walaupun selalu saling serang menyerang antara satu sama lain.
  • Banyak hadiah misteri dan peraduan unik disediakan untuk pemain.
  • Tips, strategi dan pengumuman penting mengenai game di sediakan di blog Empayar Poyos.

kesatria-poyos-3

Antara komen mengenai Kesatria Poyos dari para pemain:

Alip Aieman: Kesatria Poyos ini suatu permainan berbahasa melayu yang sangat seronok . Sesuai untuk semua umur dan lapisan masyarakat . LoL . Aku sangat berbangga kerana Malaysia mempunyai game yang sebegini rupanya . Dalam game nie ada banyak elemen yang dicampurkan seperti cabaran , lawak dan kerjasama ..

Ahmad Razien: kita kena tunjuk kat org luar, malaysia jugak ada geme yang setanding dengan kehebatan diorang… cuma diorang takder game yang sepoyo game kita!! Hidup Tok Nujum Poyo!!

Junizam Aziz: perghh..marvelous…penuh dgn misi poyo yg mendebarkan.. mengeletek jiwa sehingga membuatkan aku tak berhenti tersengih seorang diri…sebagai rakyat malaysia…aku bangga dengan pencapaian hebat rakyat malaysia selaras dengan saranan PM..’rakyat di dahulukan,pencapaian diutamakan’….keep up the good job….bravooo…

beliamuda: Poyo tu maksudnya apa? ^_^ Kalau tak tahu, jom jadi Kesatria Poyos!

11 thoughts on “Menjadi Poyo Dengan Kesatria Poyos

  1. Pingback: Kesatria Poyos: Game Facebook buatan anak tempatan Malaysia | Anarm.Net

Leave a Reply to ikin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge