Category: Aplikasi dan Perisian

  • Aplikasi @AirAsia Kembali Semula Untuk Pengguna Android

    Salam sejahtera buat semua.

    AirAsia Play Store

    Sejak beberapa bulan yang lalu, aplikasi AirAsia untuk pengguna iPhone dan Android telah dikeluarkan daripada penggunaan dan laman web mobil AirAsia tidak dapat digunakan.

    Kini, aplikasi AirAsia telah kembali semula ke Android. Sebelum ini, laman web mobil AirAsia telah boleh digunakan semula dan aplikasi iPhone juga telah dilancarkan semula dalam bulan September yang lalu.

    (more…)

  • Kemaskini Peningkatan Sekuriti WordPress 3.1.4

    Salam sejahtera buat semua.

    WP 3.1.4

    Versi terbaru WordPress (WP) yang telah ditingkatkan sekuriti iaitu WP 3.1.4 telah pun dikeluarkan oleh pembangunnya. Kemaskini terbaru ini membaik-pulih pepijat yang membolehkan pengguna tahap Editor mendapat akses lebih luas dalam laman WordPress.

    Selain itu, kemaskini ini juga membaik pulih beberapa masalah sekuriti dan mengukuhkan lagi tahap sekuriti. Bagi laman berbilang penulis dan pengguna, kemaskini amat digalakkan. Versi terbaru ini adalah kemaskini untuk kesemua versi terdahulu WP.

    (more…)