Salam sejahtera buat semua.

Duduk termenung di kala Internet slow sampaikan nak download lecture note sume tuh kena tunggu sampai berpuluh minit padahal saiz tak sampai pun 1MB memang menegangkan urat-urat saraf kesabaran. Maunya juga aku hentak ini laptop. Tapi sayang la ni aku punya. Nak submit entri ke blog pun semput. Putus asa? Jauh sekali. Haha… Kata penulis blog yang tegar.
Memasuki alam Tahun Tiga di UTP, terasa kesibukan yang berlainan. Oh, dah Tahun Tiga rupanya. Kalau semua pakat duk cerita pasal sem baru, aku nak gi imbau kisah masa mula-mula masuk UTP dulu kala.
Masuk seawal Januari, tak sempat lagi nak melihat keputusan SPM. Perasaan dan hati pada masa tu masih dekat lagi dengan sekolah. Kiranya, kalau masuk belajar terus tu pun, masih ada lagi terbawa-bawa sikap masa di sekolah. Semuaya sikap positif. Bangun awal. Pergi Kelas awal. Semuanya baik la. Tapi beransur hilang ditelan arus waktu yang berlalu. 😛
Masuk awal ni pun ada cabarannya. Mana taknya. Kalau result SPM tak sampai tahap yang minima, ada risiko untuk ditendang keluar. Kalau course engineering, boleh la lagi nak turun ke course technology. Kena tendang tu yang sakitnya. Pelik juga sistem macam ni. Dah ambil tu, teruskan je la.
Seperti biasa, result SPM akan keluar sekitar bulan Mac. Tapi, sekitar bulan Februari dah mula tersebar tarikh pengumuman keputusan SPM tu. Masa tu ambil kisah la jugak. Tapi stok internet masa tu lagi la terhad. Laptop pun takde lagi.
Seminggu sebelum keputusan SPM diumumkan, mula timbul rasa debaran. Kami satu batch pada masa tu sepakat untuk meminta cuti pada hari tersebut. Cadangnya, nak balik ke sekolah untuk ambil result SPM. Melalui penghulu batch, cadangan disampaikan kepada pihak berkaitan.
Cutinya dapat, tapi sehari je. Mana sempat nak berlari pulang ke MRSM PC. Aku dan beberapa rakan daripada sekolah sama hanya tinggal di UTP untuk meneruskan rutin harian. Ada juga yang pulang.
Awal pagi tersebut, perancangan dah molek. Nak pergi ke lab komputer untuk urusan berkaitan akademik. Sambil buat kerja tu, hilang juga fokus menantikan result SPM diumumkan. Sekitar pukul 10, mula tersebar mesej-mesej memaklumkan result SPM telah diumumkan.

Kami yang disini hanya mampu berdebar dan menelefon pihak sekolah untuk bertanyakan result. Ucapan tahniah diawalnya sudah cukup untuk menghilangkan debaran dan membawakan rasa gembira yang amat. Walaupun result SPM tidak secantik rakan-rakan, mahu juga melompat masa tu.
Orang seterusnya ditelefon ialah Mama untuk memaklumkan keputusan SPM tu. Debaran berakhir dan semuanya itu sudah tinggal kenangan… 2006, 2007, 2008 dan 2009. Kini 2010.
beliamuda: Hari yang lapang, tetapi menjadi sia-sia kerana perancangan yang kalut. -_-“

takut la nak ambik result spm….masa trial haritu dpt 2A dan selebihnya c….2 subjek fail….math ngan akun….betul ke kalo math fail x leh masuk universiti ….camne ni……harap2 math ngan akaun dpt le lulus…dpt grade c pun x pe yg penting lulus……..
@nur, kalau fail subjek utama, maknanya fail la SPM. Harapnya, awak lulus cemerlang.
huhuhuhu berdebar2 plak!!
da lah byk subjek kantoi tyme xm..
harap2 lah math n lukisan kejuruteraan ta kantoi !
@dyla, insyaALLAH~
Pingback: Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2009? | beliamuda {dot} com
o..bestnye kalau dpt jd cam beliamuda ni.. hnya Allah sjla yg tau btape tkutnya sy nk hdapi reslt spm nih..
@nazirah, banyakkan berdoa dan tawakkal dengan segala usaha sebelum ni.
fuh.. spm??!! skrg dah nak abes bulan 2.. cm x bley nak nafas lg seh dok pkir psl result.. aduh.. 11 tahun blaja kt skola.. penamatnye result spm yg kuar bulan 3 nie kew?? wah.. cuaknya!!!
adohh…..bdebar sgt mnanti result spm kuar nie…huhuhhu………..
adoh..cuak nyer..ble pk agy cpat agy bgos tp klu pk agy dlm x nak tau ape result yg kuar nnt..kwn2 pon da ade yg msok utp..x yah pning2 pk nnt dpt msok u ke x..huh!!!
waahh……results spM..mummmmmy rase nak lari jeeeeeee..xpe2 ..insyAllah semuanya akn baik2..amin2
..beliamuda bez dpt UTP.. =)
.-= momoe´s last blog ..my heart racing and palms sweating =-.
huhuhu makin hari makin berdebar plak…
sok dah start masuk bulan 3..
adoi …
mkinlame berdebar mkin terok plak..
smpai sakit2 perut…
ahhhh..
takuttttt..
:'(
KEPUTUSAN KELUAR 11 MAC 2010