beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Megimbau Kenangan Debaran Menanti Pengumuman Keputusan SPM

Diposkan oleh yang telah menulis 1110 entri

Salam sejahtera buat semua.

Jam antik

Duduk termenung di kala Internet slow sampaikan nak download lecture note sume tuh kena tunggu sampai berpuluh minit padahal saiz tak sampai pun 1MB memang menegangkan urat-urat saraf kesabaran. Maunya juga aku hentak ini laptop. Tapi sayang la ni aku punya. Nak submit entri ke blog pun semput. Putus asa? Jauh sekali. Haha… Kata penulis blog yang tegar.

Memasuki alam Tahun Tiga di UTP, terasa kesibukan yang berlainan. Oh, dah Tahun Tiga rupanya. Kalau semua pakat duk cerita pasal sem baru, aku nak gi imbau kisah masa mula-mula masuk UTP dulu kala.

Masuk seawal Januari, tak sempat lagi nak melihat keputusan SPM. Perasaan dan hati pada masa tu masih dekat lagi dengan sekolah. Kiranya, kalau masuk belajar terus tu pun, masih ada lagi terbawa-bawa sikap masa di sekolah. Semuaya sikap positif. Bangun awal. Pergi Kelas awal. Semuanya baik la. Tapi beransur hilang ditelan arus waktu yang berlalu. :P

Masuk awal ni pun ada cabarannya. Mana taknya. Kalau result SPM tak sampai tahap yang minima, ada risiko untuk ditendang keluar. Kalau course engineering, boleh la lagi nak turun ke course technology. Kena tendang tu yang sakitnya. Pelik juga sistem macam ni. Dah ambil tu, teruskan je la.

Komputer pelik

Seperti biasa, result SPM akan keluar sekitar bulan Mac. Tapi, sekitar bulan Februari dah mula tersebar tarikh pengumuman keputusan SPM tu. Masa tu ambil kisah la jugak. Tapi stok internet masa tu lagi la terhad. Laptop pun takde lagi.

Seminggu sebelum keputusan SPM diumumkan, mula timbul rasa debaran. Kami satu batch pada masa tu sepakat untuk meminta cuti pada hari tersebut. Cadangnya, nak balik ke sekolah untuk ambil result SPM. Melalui penghulu batch, cadangan disampaikan kepada pihak berkaitan.

Cutinya dapat, tapi sehari je. Mana sempat nak berlari pulang ke MRSM PC. Aku dan beberapa rakan daripada sekolah sama hanya tinggal di UTP untuk meneruskan rutin harian. Ada juga yang pulang.

Awal pagi tersebut, perancangan dah molek. Nak pergi ke lab komputer untuk urusan berkaitan akademik. Sambil buat kerja tu, hilang juga fokus menantikan result SPM diumumkan. Sekitar pukul 10, mula tersebar mesej-mesej memaklumkan result SPM telah diumumkan.

Awek cute menangis

Kami yang disini hanya mampu berdebar dan menelefon pihak sekolah untuk bertanyakan result. Ucapan tahniah diawalnya sudah cukup untuk menghilangkan debaran dan membawakan rasa gembira yang amat. Walaupun result SPM tidak secantik rakan-rakan, mahu juga melompat masa tu.

Orang seterusnya ditelefon ialah Mama untuk memaklumkan keputusan SPM tu. Debaran berakhir dan semuanya itu sudah tinggal kenangan… 2006, 2007, 2008 dan 2009. Kini 2010.

beliamuda: Hari yang lapang, tetapi menjadi sia-sia kerana perancangan yang kalut. -_-“

27

January
2010
Masa: 0:00

29 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. Hari yang lapang, tetapi menjadi sia-sia kerana perancangan yang kalut. = Gagal merancang, merancang kegagalan..
    hehe..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Si Naga, :P . cmne tah leh gagal merancang. -_-”

    [Reply]

  2. berdebarnye nak tuggu result SPM nie..baca entry nie ag buat rase berdebar,,hee

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @mya, sabo2. :D

    [Reply]

    hafizi Reply:

    @beliamu saya suka komen pendek2 je

    [Reply]

  3. relax la..lambat lagi…
    enjoy dulu.. hehehe
    .-= ery´s last blog ..Airport Hong Kong Ada PlayStation 3 =-.

    [Reply]

  4. ohhoho. dapat result spm je terus peluk ibu~

    encik belia, xsyg laptop, kasilah kat saye~ ekkeke :p

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ikin, mana tak sayangnya. mestilah sayang. :D

    [Reply]

  5. ak pun tak blk gak time tuh
    kawan call je bgtau result
    tp perasaan gembira tuh tak sama kot dgn org yg pergi ambil sendiri kan?
    xpe,benda lepas biarlah lepas
    smbg blaja awal ada byk untungnya
    ttp rugi sikit la xleh fly oversea,huhu
    .-= penaberkala´s last blog ..SEMESTER JANUARY 2010 =-.

    [Reply]

  6. Owh SPM
    Kini dah dapat degree pun
    erk888

    nice entry
    mengimbau kenangan time tunggu result spm
    mengalahkan debar nak nikah
    erk888
    .-= deusXmachina´s last blog ..Insaf Sekejap Jek? =-.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @deusXmachina, debar nak nikah tu dah masuk level lain. :D

    [Reply]

  7. mmg agak cuak tunggu result sbb dah tau result tak best. alhamdulillah takde fail. HAHAHA u amek SPM taun berapa?

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @eyra, amik tahun 2006.

    [Reply]

  8. aku tak ingat dah mcm mana kisah aku dgn result spm…result cukup2 mkn je….hahaha…

    aku p amik lewat rasa result…

    [Reply]

  9. err.seram tgh tgu result:)
    .-= ayeeshaqist´s last blog ..tak faham saya =-.

    [Reply]

  10. relek je

    [Reply]

  11. nur

    takut la nak ambik result spm….masa trial haritu dpt 2A dan selebihnya c….2 subjek fail….math ngan akun….betul ke kalo math fail x leh masuk universiti ….camne ni……harap2 math ngan akaun dpt le lulus…dpt grade c pun x pe yg penting lulus……..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nur, kalau fail subjek utama, maknanya fail la SPM. Harapnya, awak lulus cemerlang.

    [Reply]

  12. huhuhuhu berdebar2 plak!!
    da lah byk subjek kantoi tyme xm..
    harap2 lah math n lukisan kejuruteraan ta kantoi !

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @dyla, insyaALLAH~

    [Reply]

  13. nazirah

    o..bestnye kalau dpt jd cam beliamuda ni.. hnya Allah sjla yg tau btape tkutnya sy nk hdapi reslt spm nih..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nazirah, banyakkan berdoa dan tawakkal dengan segala usaha sebelum ni.

    [Reply]

  14. shadow

    fuh.. spm??!! skrg dah nak abes bulan 2.. cm x bley nak nafas lg seh dok pkir psl result.. aduh.. 11 tahun blaja kt skola.. penamatnye result spm yg kuar bulan 3 nie kew?? wah.. cuaknya!!!

    [Reply]

  15. evp

    adohh…..bdebar sgt mnanti result spm kuar nie…huhuhhu………..

    [Reply]

  16. nurul

    adoh..cuak nyer..ble pk agy cpat agy bgos tp klu pk agy dlm x nak tau ape result yg kuar nnt..kwn2 pon da ade yg msok utp..x yah pning2 pk nnt dpt msok u ke x..huh!!!

    [Reply]

  17. waahh……results spM..mummmmmy rase nak lari jeeeeeee..xpe2 ..insyAllah semuanya akn baik2..amin2
    ..beliamuda bez dpt UTP.. =)
    .-= momoe´s last blog ..my heart racing and palms sweating =-.

    [Reply]

  18. huhuhu makin hari makin berdebar plak…
    sok dah start masuk bulan 3..
    adoi …
    mkinlame berdebar mkin terok plak..
    smpai sakit2 perut…
    ahhhh..
    takuttttt..
    :’(

    [Reply]

  19. KEPUTUSAN KELUAR 11 MAC 2010

    [Reply]

  20. sYUhaDA

    bila yup result spm akan kluar ?
    mcm2 kbr angin tntg trikh spm ..
    yg sbetulnya tk ta lgi ..
    berdebar sgt2..
    harap2 result ok …
    tawakkal dgn Allah ..
    hrap2 la dpt result yg baik …
    klu dh thu bila result kluar , minta tlg sebarkan yup ..

    [Reply]


1 Trackbacks/Pingbacks

  1. Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2009? | beliamuda {dot} com 12 02 10

Komen anda

CommentLuv badge