Menjadi Tegar Dalam Penulisan Blog

Salam sejahtera buat semua.

Penulisan blog

Merujuk kepada makna tegar dalam Kamus Dewan Edisi Empat; [1] tidak dapat dilenturkan, keras kaku. [2] tidak dapat diubah, degil. Jadi, dalam konteks tajuk entri di atas, maksud tegar ialah sangat suka menulis blog. Bukan sembarangan tegar yang lirik lagu tu. Yang Rossa nyanyi tu eh?

Kalau tak silap, kali pertama saya dengar frasa mengenai tegar dalam penulisan ni melalui blog Melz. Kalau tengok blog dia, memang tahu la dia ni tegar sangat dalam penulisan. Entri mesti bertulis panjang. Tak macam entri di blog ni yang kadang-kadang gambar je banyak. Haha. Lain padang, lain belalang.

Kalau nak diikutkan hati, banyak je yang nak ditulis. Tapi melihat perkembangan semasa yang kurang enak untuk para blogger, ayat dalam penulisan kena jaga beb. Nanti kena saman. Tak pun masuk mahkamah. Macam kes komen dalam FB tu la. Tu baru tulis komen. Tapi dia kena tangkap sebab ada orang report la kan.

Para artis pun dah mula tembak blogger. Artis tu tak tahu ke yang dah makin ramai orang yang jadi blogger sekarang? Orang tulis blog pun dah macam tulis diari. Nasib badan la kalau nak kena kutuk ke, kritik ke. Lagipun yang biasa kena tu pun sebab benda buruk jugak. Paling tak boleh blah siap guna FB untuk buat group semata-mata nak kutuk artis. Saman-menyaman akan berlangsung la lepas tu rasanya.

Kebiasaannya, seseorang dapat menulis panjang dan banyak idea ni adalah orang banyak cakap kot. Aku pendiam je. Tak percaya boleh tanya rakan-rakan di sekeliling. Pendiam lebih baik daripada cakap main lepas je. Entah-entah hati mana yang terguris dengan kata-kata kita tu. Kalau tulisan, kita boleh semak dan baca balik. Tu pun kadang-kadang terlepas jugak ayat provokasi. Mudahnya, persepsi orang la untuk menafsir apa yang tersurat dan tersirat.

idea dalam jamban

Untuk menulis sesuatu yang bermakna bukan ambil masa sekejap. Kadang-kadang idea datang masa yang tak terduga. Paling banyak idea datang masa tengah buang air besar (ayat paling sopan ni). Jangan tak perasan yang korang pun pernah alami kan? Sampai saintis pun kaji fenomena ni. Kalau idea datang dalam mimpi, sedar-sedarkanlah diri pastu bangun catat dan tidur balik.

Kesimpulannya, menjadi tegar dalam menulis blog memerlukan skil dan ketajaman ayat.  Kalau tulis ayat penulisan ilmiah yang penuh skema yang dah jadi macam surat rasmi pun orang kurang tertarik pulak. Tulis gaya santai yang terbaik la eh? Walauapapun, jangan jadikan blog sebagai satu bebanan (hurulaini cakap, topo yang cakap), nanti stress je lebih bila berlaku benda tak diingi pada blog.

beliamuda: Tulis panjang-panjang, isi seciput je. Saya nak belajar membebel. Ok tak?

Comments

43 responses to “Menjadi Tegar Dalam Penulisan Blog”

  1. Motivasi Kerja Avatar

    Salam. Bila posting tajuuk berkenaan penulisan, saya amat seronok untuk menulis respon. Tegar dalam penulisan pada saya satu istilah baru yang hebat. Sebenarnya Belia ada potensi menulis memandangkan istiqamah setiap hari. Satu pesanan dari saya menulis perlu merancang agar modal penulisan tidak hilang.

    1. beliamuda Avatar

      @Motivasi Kerja, betul, tanpa perancangan, cepat sahaja kita kering idea.

  2. heli4ntuse Avatar

    Assalamualaikum..salam ziarah di sini (^_^)
    Saya sokong bab kena jaga adab dalam berblog. Blog walaupun kata-kata yang ditulis tetapi tajam tetap menusuk macam orang tu bercakap..Selamat berblog dengan tegar!
    .-= heli4ntuse´s last blog ..Jaga Kulit di Musim Sejuk =-.

  3. Hadjie Avatar

    Ada orang suka kutuk sana sini, bahasa kesat atau provok sesuatu isu untuk naikkan trafik. Kemungkinan besar memang berjaya kerana manusia mudah tertarik perkara yang fasad-fasad dahulu sebelum yang baik-baik. Akhirnya menjerat diri bila sudah terlajak. Dalam seronok menulis biarlah ada manfaatnya walaupun sedikit.
    Masa pembaca amat berharga.
    (Tak semestinya blogger semuanya pendiam, tapi orang pendiam ada potensi jadi blogger)
    .-= Hadjie´s last blog ..Setakat Badan Besar Belum Tentu =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Hadjie, tersalah pilih jalan dalam penulisan, padah pada diri.

  4. Incik RestNrilekS Avatar

    Salam Incik Belia,

    Puas buka blog ni kat ofis, tak muncul-muncul juga di paparan skrin pejabat. Agaknya, talian di pejabat tak mesra dengan Incik Beliaumuda kot.

    Aha! Selalu mengintai, jarang mengomen. Tapi rasanya hari ni Incik RestNrilekS nak mengomen : )

    Pujian pertama : Bahasa gaya santai Incik Beliau, indah bahasanya.

    Makluman Pertama : Incik RestNrilekS tergolong di dalam kategori yang bukan tegar, tapi malas lagi suka bertangguh kerja blognya.

    Aha : )

    Makluman Kedua : Tidak kisah samada kandungan entri tersebut panjang atau pendek. Kalau kena dengan citarasa, baca juga sampai habis : )

    Akhir kata.. Salam Damai (ecechewah) dan Selamat HAri Isnin dan selamat berblogging juga : )
    .-= Incik RestNrilekS´s last blog ..Saya Suka IKan PAUS @ I Love Whale =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Incik RestNrilekS, wasalam. mungkin ada la masalah teknikalnya tu kan.

      well, kadang2 ada juga rasa malas nak tulis entri. padahal masa tu tangan dah dekat keyboard. tapi, bila2 dh tulis n publish, rasa puas pulak.

  5. aizuddin Avatar

    boleh tahan ko membebel..macam dah pro pun ada..haha
    .-= aizuddin´s last blog ..(Face Your Manga) Buat Avatar Anda Dengan Percuma! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @aizuddin, ah sudah, aku dah jadi pembebel.. -_-“

  6. topo Avatar

    bila masa topo ada ckap macam tu ek? hahaha
    .-= topo´s last blog ..5 Kesilapan yang Perlu Dielakkan Semasa Menulis Komen =-.

    1. beliamuda Avatar

      @topo, entah. hurulaini yang bilang gitu. 😀

  7. […] Duduk termenung di kala Internet slow sampaikan nak download lecture note sume tuh kena tunggu sampai berpuluh minit padahal saiz tak sampai pun 1MB memang menegangkan urat-urat saraf kesabaran. Maunya juga aku hentak ini laptop. Tapi sayang la ni aku punya. Nak submit entri ke blog pun semput. Putus asa? Jauh sekali. Haha… Kata penulis blog yang tegar. […]

  8. apis Avatar

    i dah jadi pengomen tegar dahh…u all must jadi mcm saye. balik2 komen,balik2 komen.sampai org komen pasal kite komen org pun kite x tau.asalkan kite komen benda yg betul,but yg paling penting jangan mengumpat pasal org,nanti makan kasut saiz 6 nanti tak pasal2 kecoh dalam BERITA HARIAN dengan tajuk JIRAN MENGUMPAT MAKAN KASUT SAIZ 6,so jage2!ade org follow!

  9. pak long Avatar

    salam…
    benar la kata org…
    “tak tumbuh tak melata..tak sungguh org tak kata”…
    .-= pak long´s last blog ..PTK antara realisasi dan imagenasi =-.

  10. espiranza Avatar

    memang sangat tegar penulis ini. teruskan menulis. ^_^

    1. beliamuda Avatar

      @espiranza, Dulu agak tegar jugalah. Sekarang ni dah semakin perlahan. Kesibukan urusan kerja banyak mengekang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge