Bumbung KB Mall Runtuh?

Salam sejahtera buat semua.

Lewat jam 6 petang, saya menerima berita mengejutkan di twitter. Rujuk gambar di bawah.

Bumbung KB Mall Runtuh

Buat masa ni, masih menunggu kejadian sebenar yang berlaku di KB Mall. Gambar dan video di bawah antara yang terawal di muat naik. [melalui Twitter]

KB Mall sesak

Simpang empat di depan KB Mall sesak teruk

KB Mall sesak

Orang ramai berkumpul di luar KB Mall

***

beliamuda: lagi kemaskini akan menyusul…

Kemaskini 7:30 Petang

Setakat ni dilaporkan kereta yang terjatuh ke dalam KB Mall adalah kerana kesilapan pemandu mengundurkan kenderaan. Hanya satu kereta terjatuh. Maknanya, bukan bumbung KB Mall yang runtuh. Setakat ni dikatakan seorang meninggal dan tiga lagi cedera. Selanjutnya akan menyusul kemudian.

Bumbung KB Mall pecah

Bahagian yang pecah akibat dilanggar kereta tersebut [gambar asal]

Kereta jatuh dalam KB Mall

Kereta tersebut yang terjatuh ke dalam KB Mall [Gambar asal]

Kereta jatuh dalam KB Mall

[Gambar asal]

beliamuda: nombot plat kereta tersebut, BCL 3210. No komen.

Sumber lain: ntvirus, Azah, NixkGeekier, MuzzafarSalleh, Bonsai Photo Studio, Blogspot KB Mall Runtuh,

Kemaskini 9:45 Malam

Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.

Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang.

  • Sumber daripada TV3:

Kejadian berlaku pada hari ni (06/12/09) Jam 4.45 ptg di mana sebuah kereta rosak dan di tolak dengan bantuan orang ramai sehingga merempuh bangunan di area parking tersebut dan terjatuh dari tingkat 3 ke kawsasan escalator tingkat bawah berhadapan dgn Levi’s store dan Watson.

  • Sumber yang tidak dapat dikesan (sebahagian sahaja):

MENURUT SAKSI YANG MELIHAT KEJADIAN ITU BERKATA, KETIKA KEJADIAN, PEMANDU KERETA JENIS MAZDA DAN DUA LAGI PENUMPANG KESEMUA-NYA DIPERCAYAI WANITA, SEDANG BELAJAR MEMANDU DI TEMPAT LETAK KERETA ATAS BANGUNAN PASARAYA ITU.

KEMUDIAN, KERETA YANG DIPANDU ITU GAGAL DIKAWAL DAN MEREMPUH BUMBUNG PASARAYA BERKENAAN SEBELUM TERJUNAM KE ESKALATOR YANG BERADA DITINGKAT DUA.

PADA KETIKA ITU, MANGSA, SITI NOR AMIRA SAMSUDDIN 19, SITI NOR DIANA AZMAN 18 DAN RASHIDAH AHMAD LUTFI 24, BERADA DI-ESKALATOR BERKENAAN.

MANGSA, SITI NOR AMIRA YANG CEDERA PARAH DIKEPALA MATI DITEMPAT KEJADIAN, MANAKALA SITI NOR DIANA MATI DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL SETELAH PENDARAHAN TERUK DI KEPALA.

MANAKALA RASHIDAH CEDERA PARAH,DAN MASIH BERADA DI UNIT RAWATAN RAPI,I-C-U, HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB DUA KOTA BHARU.

beliamuda: mana satu yang benar? entahla. yang penting, kita sedekahkan al-Fatihah kepada si mati.

88 thoughts on “Bumbung KB Mall Runtuh?

  1. dinding di atas mmg x tebal mana sbb bukan struktur yg menyokong bngunan..mngkin guna dinding bata..bukan dinding konkrit RC wall or Retaining wall yg mnggunakan acuan besi sbg dinding…mmg kejadian tidak di jangka..apepun..sbg manusia hendaklah sntiasa beringat kerana..malang tidak berbau..dan ajal tidak dpt diduga..takziah kepada keluarga mangsa yg terlibat….

  2. aku mmg btul2 b’syukur sbb aku pun pg kbmall hari ni.. aku blik dkt2 kul 5……. nsb baek aku x dok lame2
    kat situ..

  3. MasyaAllah.. aku baru jer g shopping kt kbmall ngan adik2 aku hari ni..dah la aku pun nek eskalator tu tadi..
    nasib baek la aku blik awal..kul 5.. Ya Allah.. sesungguhnya Engkau la yg Maha Berkuasa atas segala2nya..

    • kepada kita yang selamt ni jangan ingat tak der bahaya yang menanti. cuma beringat- inagtlah selalu dalam apua jua perkara yg kita lakukan.semoga allah menempatakan mereka yang terkorban dalam tempat orang yang beriman. amin.

  4. plan mmg nk p kb mall ptg td..ntah mcm mane ubh plan p giant..t’kejut dgr berita ni dlm kul 7 mlm td..takziah utk keluarga mangsa..al-fatihah..

  5. MasyaAllah……inilah apa yang ditakdirkan Ilahi….sebenarnya inilah balasan daripada keceluparan nik aziz untuk mendoakan PM kita terima bala…sekarang insaf lah wahai umat islam semua..kita jangan sesekali takbur…Allah tidak menurunkan bala pada nik aziz lagi….fikirlah….saya tak menyebelahi mana2 pihak cuma kita jangan sesekali takbur dengan kebesaran yang Allah kurniakan…..

    • @hamba allah, tuduhan ni berat sebenarnya. biarlah itu menjadi urusan dia dengan ALLAH.

      ~kenyataan di atas menggambarkan keyakinan tanpa kesangsian. kalau tak benar, ia menjadi hal lain pulak…

    • Alahai..apalah mung ni..keta jatuh pun kait ngan doa Nik Aziz….tu namanya qada’ & qadar Allah…ada ngaji agama ko mung ni…..nok royak ko mung..jgn rasa selesa mana2 tempat, kematian akan menjelma bila2 masa…kan aku suruh doa mung mulut juih pulak kang pasal suka wat fitnah…he.he..he…

    • @hamba allah, ni hok mano plak …..x sabik landung nga citer…. nk kiro g2 brat la…2 nk tnjuk ko ore UMNO tuhe buleh buat gapo hok yo nok ..jange duk sdap sangat nok ambik hok rakyat kelate

    • @hamba allah, rasanya insiden ini tidak melibatkan soal politik. Apa yang terjadi sudah dikunkan oleh Allah. Allah Maha Mengetahui akan setiap musibah yang melanda/menimpa hamba-Nya.

Leave a Reply to xie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge