Salam sejahtera buat semua.
Sejak menjejak kaki ke rumah pada pagi Hari Raya Aidiladha tempoh hari, tak berkesempatan sangat nak tulis pasal diri sendiri dalam blog ni. Kebetulan pula dengan kesibukan pada hari raya, maklumlah hari raya haji kan empat hari?
Tidak banyak yang dilakukan berbanding rakan-rakan lain yang tidak dapat pulang selepas paper terakhir tempoh hari sebab terpaksa ke program OBS anjuran PETRONAS, ada juga yang telah terbang ke Brunei untuk program Rakan Muda, dan ada juga yang bertugas di Kuala Kangsar untuk Perhimpunan Perwakilan Nasional JIM 2009.
Tidak lupa juga yang bertungkus lumus untuk menjayakan program di UTP seperti Khemah Ibadah 2009 dan juga untuk aktiviti terbesar untuk untuk semester depan, Technology, Career and Education 2009 (TEC 2009). Kepada Pengarah Projek dan Penolong Pengarah Projek TEC 2009, buat yang terbaik ya. Sem depan geng kita dah nak intern.
Macam-macam sungguh aktiviti mereka. Saya di rumah ni lebih banyak terperap di depan laptop je. Selain tu, makan dan tidur je. Sekejap-sekejap tengok tv. Tu la yang jadi siaran RTM semasa cuti persekolahan tu. Rehat + TV + Makan = RTM.
Sesekali kena keluar jadi pemandu nombor dua. Bawa Mama masa nak gi pekan. Selain tu, memang dah takde keje lain dah. Rancangan dalam cuti ni pun tak mula lagi. Tak sempat nak settle down lagi kalau speaking omputih. Hikhik.
Esok, adik nak pergi ambil ujian Kelayakan Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) di MRSM Besut. Abah cakap, kena gi hantar adik ke sana. Entah la macam mana. Dah la ujian tu mula pukul 8 lagi. Jarak rumah dengan MRSM Besut tu bukan dekat. Adeh. Entah kat mana pun aku dah tak ingat MRSM tu. Baru sekali sampai ke sana.
Teringat masa ambil ujian UKKM semasa di tingkatan 3. Payah juga ujian tu sebenarnya. Pentingnya ujian ni adalah untuk kemasukan ke MRSM Bitara; MRSM Pengkalan Chepa, MRSM Taiping, MRSM Tun Gafar Baba dan MRSM Langkawi. Satu lagi syarat untuk masuk ke MRSM Bitara ialah keputusan PMR iaitu wajib semua A.
Dalam cuti ni, tak sempat lagi nak keluar ke bandar Kota Bharu. Maknanya, aku tak beli lagi la buku 9 Nyawa yang baru keluar tu. Bilalah nak dapat beli buku tu. Lepas tu dikejutkan pula dengan tragedi di KB Mall semalam. Takziah buat keluarga mangsa. Semoga siasatan polis berjalan lancar dan kepada yang melarikan diri tu, harap dapat bersemuka dengan pihak berkuasa.
beliamuda: [1] terfikir, kenapa selalu sahaja mudah kita mengaitkan kejadian yang berlaku seperti di KB Mall dengan politik? [2] kawe anok kelate, sedih jugok kalu oghe main sedak mulot jah nok oyak bendo ngarut gitu…

Leave a Reply