Imbas kembali Oktober 2009

Salam sejahtera buat semua.

october-2009

[Smash Mag]

Entri imbas kembali datang lagi buat kali yang kedua. Kali ini diteruskan pula dengan bulan Oktober 2009. Sila baca di sini untuk entri Imbas kembali September 2009. Imbas kembali kali ini akan meninjau semula entri-entri yang ditulis sepanjang bulan 10 dan perkara-perkara lain yang berkaitan.

Awal bulan Oktober, umat manusia di Asia Tenggara, khususnya Indonesia dan Malaysia dikejutkan dengan tragedi gempa bumi yang melanda Padang, Indonesia. Pelbagai perkara berbangkit dan isu timbul ekoran daripada kejadian ini. Gempa susulan yang turut dirasai di Malaysia merupakan saat-saat yang mencemaskan.

Pada 11 Oktober, berlangsungnya pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang. Sempat jugakah aku mengikuti keputusan yang diumumkan kemenangan besar kepada UMNO/BN. Kebetulan juga dalam bulan ni berlangsungnya pemilihan MPP UTP 2009/2010. Kesempatan untuk menulis serba sedikit berkaitan dengan isu pemilihan yang tidak lekang dengan kontroversi. Akhirnya, keputusan telah pun diumumkan dan hanya menunggu pengumuman rasmi pelantikan MPP UTP 2009/2010.

Satu lagi entri berkaitan UTP  telah ditulis iaitu berkaitan dengan perpustakaannya (IRC). Entri ini ditulis juga untuk mencabar keyword “IRC UTP” yang dipegang oleh rumet. Turut dimuatkan dalam bulan Oktober ialah dua buah lagu iaitu Anak Soleh (Aeman) dan Through My Window (Bunkface).

Seperti biasa, entri peribadi adalah yang paling biasa ditulis di blog ni. Berikut adalah entri-entri terpilih lain yang ditulis sepanjang bulan Oktober 2009:

  1. Satu-satunya kad raya – entri yang ditulis khas untuk menunjukkan kad raya yang telah dihantar oleh Azah. Satu-satunya kad raya yang diterima. Tu pun sebab minta Azah hantar kad raya. Hehe…
  2. Jom tukar pautan dengan beliamuda.com – setelah lama berblog, baru rasa ada mood nak tukar-tukar pautan dengan rakan blogger lain…
  3. Pencapaian terbaik setakat ini – mengisahkan pencapaian terbaik aku setakat ini dalam dunia blog. Antara entri yang hilang dan terpaksa dikemaskini buat kali kedua…
  4. Setahun yang lalu – 17 Oktober. Tarikh yang memulakan perjalanan di persimpangan hidup yang baru. Memberikan impak besar dalam kehidupan aku sekarang…
  5. Marah dan tidur – merungkai perkaitan marah dan tidur. Berdasarkan pengalaman sendiri je…
  6. Rapuan dalam keserabutan malam – entri terakhir bulan Oktober. Sempat diselit dengan beberapa perancangan entri di masa hadapan.

beliamuda: untuk lihat senarai penuh entri bulan Oktober 2009, boleh tengok di Arkib.

4 thoughts on “Imbas kembali Oktober 2009

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge