Menulis mengikut emosi
Salam sejahtera buat semua.

Hari ni malas nak menulis. Esok rajin pulak. Pastu sibuk. Kemudian, mula rasa menyesal tak kemas kini blog semalam. Bila dah ada benda nak tulis, banyak pula idea datang. Mencurah-curah sampai rasa tak cukup 10 jari nak petik atas papan kekunci… (tu pun kalau memang mahir taip dengan 10 jari la)…
Suatu benda yang selalu jadi masalah atau kelebihan kepada penulis ialah emosi semasa menulis. Emosi semasa menulis bergantung kepada apa yang telah dialami seharian, perasaan terhadap entri yang akan ditulis dan matlamat penulisan entri.
Emosi menjadi masalah kepada penulis apabila perasaan berlawanan datang semasa menulis entri dalam mood berlainan. Memang rasa tak betul la kan. Nak tulis entri dengan mood riang ria, sekali datang pulak perasaan marah ke, sedih ke. Memang tak sampai la mood nak menulis tu.
Dalam keadaan tertentu, emosi juga boleh menambahkan lagi rempah penulisan kalau masa tu kita menulis dalam keadaan perasaan dan mood yang selari. Memang rasa ringan je tangan menaip. Takde tekan kekunci patah balik dah. Main taip je. Sekali entri dah panjang berjela. Kalau dapat macam ni, rasa best sangat, tapi selalu akan memberikan maklumat dan isi kurang penting dan bertindan.
Pernah juga menaip dalam keadaan mood yang berbeza untuk entri yang sama. Boleh nampak berbeza sangat mood di antara dua perenggan. Satu perenggan guna ayat saya, awak, dan kita. Apabila di perenggan seterusnya, mood dah jadi lain. Mula guna ayat aku, mung, gua dan #$%^&. Serius sekali kalau terjadi macam ni. Rasa cam buat entri dalam personaliti berbeza lak.
Rasanya cukup untuk setakat ni dulu buat masa ni. Nak kena gi belajar lak. Mama dah pesan suruh studi elok-elok. Jangan risau, anak Mama akan studi elok-elok. Tak puas hati sebab tak dapat gi majlis konvo Mama. Kena pulak masa Final Exam kemuncak tu. T_T
beliamuda: siapa boleh teka apa emosi si penulis entri di atas ni? [diiringi melodi daripada album Impressions Of The West Lake - Kitaro]



dr. jekyll n mr. hyde, huh?
heheh.
selamat setadi. exam habis bila ye?
ikin´s last blog ..Menjadi Tour Guide UUM: Le Tour de UUM
[Reply]
beliamuda Reply:
November 7th, 2009 at 6:54 PM
@ikin, ada apa dengan dr. jekyll n mr. hyde? Tak baca la citer tu.. hehe..
exam start Rabu minggu depan.. habis sehari sebelum raya haji..
[Reply]
ikin Reply:
November 8th, 2009 at 4:42 PM
@beliamuda, hmmmm..
dr jekyll n mr hyde tentang seorang lelaki yang mempunyai split personality.
novel sydney sheldon yang bertajuk ‘tell me your dreams’ mengupas ttg split personality.
[Reply]
beliamuda Reply:
November 8th, 2009 at 4:47 PM
@ikin, o0o.. tak baca lak novel ni.. kalau ada peluang, akan dibaca..
[Reply]
baru boleh msk sini dgn cara semudah abc,haha
mood happy kot..
tp mmg diakui,mood penulisan mempengaruhi tulisan dan jugak pembaca..btul tak?
penaberkala´s last blog ..KAMI DAN FUTSAL
[Reply]
beliamuda Reply:
November 7th, 2009 at 6:57 PM
@penaberkala, mood hepi eh? serabut gak kot malam tu.. tapi, boleh lagi tulis apa yang nak ditulis…
[Reply]
sangat setuju
gembira yang memuncak dan sedih yang melanda menyebabkan mood untuk update blog terbantu.
Kujie´s last blog ..Kali pertama
[Reply]
aku pon kekadang tulis atas dasar emosi gak. kalau marah, aku akan gunakan blog untuk puaskan diri settle marah. erm.. ada gak pro dan kontra
[Reply]
beliamuda Reply:
November 7th, 2009 at 6:57 PM
@luthtextile, aku pernah gak tulis entri sebab marah orang tuduh tak tentu pasal.. rasa lepas la jugak…
[Reply]
mesti emosi encik belia selemah bayu mengalun kaligrafi kayu buluh kat atas kanvas diiringi tempo Kitaro.
p/s : utk menaip menggunakan 10 jari, kena byk praktis & seriously kena ingat kedudukan a sampai z ditambah lg ngn nombor 1 sampai 0, termasuk jgk simbol dan byk lg, hoho

nazra´s last blog ..Aku cuma suka kereta kau.
[Reply]
beliamuda Reply:
November 7th, 2009 at 7:01 PM
@nazra, mood yang sentiasa berubah.. macam betul je perumpamaan tu..
[Reply]
mood penulis agak tenang sedikit
dan dari gambar 2 muka penulis
ada iras2 iqram dinzly
(*_*)
[Reply]
beliamuda Reply:
November 7th, 2009 at 7:03 PM
@e, tenang, tapi macam ribut je kat dalam.. wawawa..
aish, mne de iras2.. jauh kot..
[Reply]
hrm.. memang stuju gak.. memang menulis ni nak kena ada mood, kalau takde mood kena create mood
zuls´s last blog ..Pemenang Kategori Komen Terbanyak Komen Oktober
[Reply]
beliamuda Reply:
November 7th, 2009 at 7:07 PM
@zuls, nak create mood pun payah gak.. kena ada orang yang boost nih..
[Reply]
zuls Reply:
November 9th, 2009 at 2:05 PM
@beliamuda, hehe.. betul tu kena ada orang yang boost. saper yang boostkan mood @beliamuda ye?
zuls´s last blog ..Twitter Advertising Untuk Kempen Politik !?
[Reply]
beliamuda Reply:
November 16th, 2009 at 9:08 PM
@zuls, hehe.. ada la seseorang..
spe lagi kalau bukan ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan…
[Reply]