Aura Pemilihan MPP UTP

Salam sejahtera buat semua.

obama_change_utp

[gambar]

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Teknologi Petronas (MPP UTP) akan dijalankan pada minggu ini. Entah kenapa kali ini aku sedikit terasa kehangatannya walaupun calon yang bertanding jauh lebih sedikit daripada tahun lepas dan tiada seorang calon pun daripada batch aku.

Pada malam manifesto untuk Kerusi Umum (baca: General Constituency), ada enam calon yang bertanding untuk mengisi lima tempat yang akan mejadi HICOM MPP. Entah kenapa sikit sangat kali ni pun aku tak tahu. Ura-ura mengatakan, pada awalnya agak ramai juga yang menghantar borang. Entah kenapa boleh jadi enam, aku pun tak tahu. Kerusi Program juga telah dimenangi tanpa bertanding semuanya berbanding tahun lepas yang terdapat pertandingan.

Semasa malam calon-calon menaburkan janji-janji mereka, aku merupakan antara orang yang berada dalam dewan tersebut dan terpaksa berdiri sepanjang  berlangsungnya majlis. Bukan kerana tiada tempat duduk, tetapi disebabkan amanah sebagai petugas pada malam tu (bukan Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR).

Aku tidak memanggil pemilihan MPP UTP sebagai Pilihan Raya Kampus (PRK) kerana keadaan di sini jauh berbeza berbanding keadaan pemilihan di universiti lain, terutamanya Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Di sini tiada calon Pro-Mahasiswa atau Pro-Aspirasi. Calon di sini lebih ditonjolkan sebagai individu, walaupun sebenarnya, mereka mempunyai kolompok sokongan yang kuat daripada badan-badan persatuan di UTP.

Pada tahun lalu, terdapat dua kelompok besar calon. Boleh dikatakan, suasana pemilihan tahun lalu, ada iras-iras PRK di tempat lain. Satu kelompok yang kelihatan lebih cenderung kepada golongan “putih” sementara satu kelompok lagi dilihat sebagai golongan “kelabu”. Susah untuk ulas panjang mengenai suasana tahun lalu, tapi golongan “putih” ini mendapat sokongan lebih besar dan kesemua calonnya menang.

Tahun ini, dua kelompok ini tidak kelihatan dan aku kira semua calon ini boleh dikatakan golongan “putih”. Namun, seperti biasa, pemilihan MPP UTP tidak akan lari daripada spekulasi dan kontroversi. Yang biasa kedengaran ialah pengaruh salah satu badan terbesar di UTP iaitu Rakan Masjid. Rakan Masjid dilihat berdiri di belakang calon daripada golongan “putih” dan ada yang mendakwa calon-calon ini dihantar sendiri daripada badan tersebut. Aku tak mahu komen hal ini, yang penting fungsi MPP itu tidak lari daripada memperjuangkan hak pelajar.

Calon-calon tahun ini dilihat terpengaruh dengan gagasan idea 1Malaysia apabila kebanyakan mereka memperjuangkan manifesto kesatuan pelajar UTP. Satu lagi dugaan besar dalam pemilihan kali ini apabila MPP dicabar untuk lebih memberi pengaruh kepada pihak pengurusan. Sem ini, banyak keputusan pihak pengurusan dikatakan tidak mengambil kira pandangan daripada pelajar mahupun wakil pelajar seperti pembatalan Study Week dan masalah sambungan LAN interblock.

Manifesto ini kali ini diisi denga kontroversi soalan yang telah dirancang oleh pihak-pihak tertentu dan dakwaan calon yang mengatakan dia berdiri tanpa sebarang sokongan daripada mana-mana organisasi UTP. Dalam enam calon tersebut, hanya calon ini sahaja yang menggunakan medium blog dan hits blognya meningkat berganda selepas malam manifesto. Kepada yang berminat, boleh lawati blognya di sini.

Hari pembuangan undi adalah pada 28 Oktober, dan jangan tanya calon sokongan saya. UNDI ANDA ADALAH RAHSIA. (^_~)v

beliamuda: apakah golongan “putih” dan “kelabu” ni? Isitilah ini aku gunakan untuk menggambarkan “putih” sebagai golongan yang mempunyai matlamat jelas dan golongan “kelabu” sebagai golongan yang agak samar-samar dengan perancangan mereka.

Comments

15 responses to “Aura Pemilihan MPP UTP”

  1. penaberkala Avatar

    vote for me candidate no 7
    undi anda undi keramat
    undi saya anda selamat

    kurasakan pilihanraya di mrsm dulu lg meriah!
    rindu zaman muda2 dulu,hak3

    moh2,utpian pakat gi ngundi 28 oct ni!

    1. beliamuda Avatar

      @penaberkala, dekat MRSM dulu masih muda dan mentah gitu.. senior sedap je pangkah junior time manifesto.. huhu.. best2~

  2. x-po Avatar

    nape ko xjadi calon mpp bro? hehe
    .-= x-po´s last blog ..JOM UJI OTAK KORANG, 18SX KE TAK? =-.

    1. azizan4444 Avatar

      @x-po, ingt senang ke bro nk jd calon..hahaha

    2. beliamuda Avatar

      @x-po, aku mana layak.. jadi pemerhati pun cukuplah~

  3. Motivasi Kerja Avatar

    Assalamuailaikum Belia,
    Salam perkenalan. Kehangatan PR di IPT ni pun kalau kena gayanya memang seakan-akan PR Malaysia juga. Masing-masing berkempen untuk calon masing-masing. Mesti seronok kan.

    1. beliamuda Avatar

      @Motivasi Kerja, seronok tu terasa juga. Cuma akan timbul isu-isu yang kurang enak. Ketidakmatangan sesetengah pihak mengeruhkan keadaan dan memecahbelahkan. Nak pulihkan semula tu la yang payahnya.

  4. ikin Avatar

    terima kasih untuk post ini, sedikit sebanyak memberi gambaran tentang apa yang ada di UTP. saya tak terlibat secara langsung dengan mpp uum, jadi tidak ada view yang jelas untuk mengulas. lagi-lagi tentang pemilihan mpp haritu, tahu2 je dah hari buang undi secara online, dan bila buka portal je dah di mumumkan siapa mpp dan exco-nya. entah kenapa saya melihat publisiti tentang mpp dan pelaksanaan kerjanya kurang. sama ada salah pelajar yang tak alert, atau mpp yang tidak berpublisiti. padahal uum bukanlah besar sangat buat hampir 30,000 plajar.

    ps: setuju dengan encik penaberkala: pilihanraya dan manifesto di MRSM lagi best dan meriah! (^__^)V
    .-= ikin´s last blog ..fakta menarik! =-.

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, ada sesetengah uni, MPP dilihat sekadar boneka yang berfungsi untuk memenuhi syarat yang ada. pelajar sendiri tidak ada keyakinan terhadap wakil mereka ini. mungkin sebab itulah wujudnya act of ingnorance. situasi ini tak jauh beza dengan UTP. sem ni, jumlah undian berkurang lebih separuh daripada tahun lepas. isu-isu panas yang dibawakan pula masih bertebaran~

  5. framestone Avatar

    he..23x tertibe teringat zamn memuda dulu… bro menang besar kerusi umum…. pembangkang terkedu… ade yg ingin menjadi sekutu….

    ada yang ingin berpolitik kotor… tp he…23x otak kne buh di kepale bukan di kepale kaki… klu bermain dgn api…tgk gak api die cam mne kan…

    ade bakal menteri terkedu… ade pak2 masjid terdiam… ade pihak pemerhati memaki… itu la pilihanrayua…tiada yg mustahil… pandai berhujah..calon disenangi..insya’lah kaum, agama mahupun bangsa tiada masalah untuk mengundi..

    even time teu ade kes polis… bergaduh di depan dewn mengundi… bakar poster.. he…23x pe2 pun pasukan bro berjaya membolot hampir kesemua kerusi… dan kebanyakan menang tnpa bertanding…

    cukup yg bertnding bro sorg menewaskan calon2 yg ade kepale… tp otak di kaki…

    p/s- if nk bertnding:-
    – tak perlu menjual nama
    – tak perlu menjual cerita
    – tak perlu mengaibkan org
    – tak perlu menabur janji
    – tak perlu tikam berlakang
    melainkan kalau rase korang ini jenis angkat bakul sendiri je la kan….

    ops sekdar mengingati kisah lame
    .-= framestone´s last blog ..Poligami: Jangan Pilih Jalan Dosa =-.

    1. beliamuda Avatar

      @framestone, ada kisah lama rupanya.. orang berpengalaman gak ni.. hehe~

      1. framestone Avatar

        @beliamuda,
        pengalaman besa2 je…. cite lame je semua itew
        .-= framestone´s last blog ..Kata aluan dari Admin BeliBuy =-.

  6. […] ini adalah kesinambungan kepada entri semalam; Aura Pemilihan MPP UTP. Dalam entri kali ini, poster calon-calon yang bertanding bagi kerusi umum akan dipaparkan. Kesemua […]

  7. nazra Avatar

    wah cik belia ada tokoh jd pengulas politik jgk ni :p
    .-= nazra´s last blog ..Perempuan : Aku nak boikot kau. =-.

    1. beliamuda Avatar

      @nazra, sekadar mengulas isu sekitar dari perspektif sendiri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge