(Gambar) Sepagi di IRC UTP

Salam sejahtera buat semua.

irc-utp

Information Resource Center (IRC) merupakan satu tempat yang dikenali sebagai perpustakaan dalam bahasa mudahnya. Sebuah tempat yang sangat gah sebenarnya, padam dengan apa yang boleh didapati di dalamnya. IRC UTP sinonim dengan tempat faveret untuk studi di saat-saat akhir.

Tujuan entri ini bukan untuk memperkenalkan apakah itu IRC UTP, tapi sekadar sebuah tulisan yang ditulis semasa aku berada di sana, meluangkan masa bersama rakan-rakan mengulang kaji pelajaran.

***

Cerahnya hari ini, seperti tiada lagi hari yang lebih cerah daripadanya. Aku termenung sendirian di tingkat tiga IRC. Berdiri di hujung rak buku yang menganjur ke depan.

irc-pandang-bawah

Aku memandang sekeliling. Melihat manusia yang bekerja di bawah. Tidak ramai pelajar yang berada di sini. Barangkali, mereka masih dibuai lena hujung minggu di bilik masing-masing.

irc-lengang-2

Cuma segelintir sahaja yang begitu tekun mengulang kaji di sini. Tercemar juga pemandangan ini oleh pasangan-pasangan yang tanpa segan-silu bermesra tanpa menghiraukan batas pergaulan lelaki dan perempuan. Aku tak nafikan, ada secebis rasa cemburu dalam hati. Tapi, cepat-cepat ku memujuk hati agar sedar dan faham akan makna kemanisan sebenar di sebalik perhubungan yang halal dan diredhai Allah.

Aku sengaja beredar sebentar dari meja, meninggalkan buku prob stat yang sedikit memeningkan, menuntut kefahaman dalam ilmu kebarangkalian dan statistik.

irc-baca-buku

Sejenak, tertinjau ke rak buku yang menghiasi panorama di Kompleks Canselor. Jika dipandang daripada luar, kelihatan gah enam tingkat rak buku yang berada dalam IRC yang cuma tiga tingkat ini.

Tiba-tiba, sayu juga hati melihat kemasnya buku ini tersusun. Langsung tidak terusik. Sayangnya, sumber ilmu sebaik ini disia-siakan. Keadaan lengang ini pasti berubah tidak lama lagi. Penghujung lecture week, tanpa study week, pasti keadaan di IRC lebih rancak pada exam week semester ini.

Suasana biasa setiap semester. Suasana yang banyak meninggalkan memori sepanjang sem-sem yang lalu. Masa yang masih bersisa ini akan diisi sebaiknya, untuk mengecap kembali kemanisan sebuah kejayaan. Doakan saya!

11:37AM, 10-OKTOBER-09. Information Resource Center, Universiti Teknologi Petronas (IRC UTP)

Lagi Gambar di IRC UTP

irc-supel-studi

Khusyuknya Shamul a.k.a Supel studi

irc-supelSupel studi sambil dengar lagu

irc-rak-bukuDari celah rak buku – level 3

irc-lengangKeadaan di level 3 yang lengang

irc-irsyadIrsyad sedang membaca buku (puas pujuk untuk ambil gambar)

***

Satu benda tak best terjadi masa aku ke sana ialah alarm kat pintu masuk berbunyi masa aku nak masuk dan keluar. Ni semua buku prob stat punya pasal la. Entah macam mana dia boleh kasi alarm tu bunyi. Nasib baik takde pape yang memalukan dan pelik berlaku. Maunya test satu-satu buku yang aku bawa masa nak keluar tu. Nak pastikan yang mana satu wat hal.

irc utp - google search

Rangking ketiga untuk keyword “utp irc” – tajuk entri best je, kutuk irc sikit-sikit… haha.. 😛

beliamuda: baru perasan dekat Google yang blog rumet aku berada di tempat ketiga untuk kata kunci “IRC UTP”. Moga-moga entri ini dapat mencabar kedudukan entri rumet aku yang satu tu… (^_~)v

*Gambar di atas adalah daripada lensa Nokia 5800 XM dan turut boleh didapati di Flickr beliamuda*

Comments

40 responses to “(Gambar) Sepagi di IRC UTP”

  1. Nikuve Avatar

    Cantik Library dia.. sure best.. belajar gerenti masuk ye dak?

  2. luthtextile Avatar

    alahai, aku igt IRC tu island red cafe.. hahaha
    UTP mmg best.. semua prasarana dia hebat2.. bertuah hang blajar sana..

    1. beliamuda Avatar

      @luthtextile, haha.. bukan2.. prasana dah best, tunggu student nak guna je la.. kalau tak reti nak guna pun, rugi je la..

  3. cerah jali Avatar
    cerah jali

    wah,terpegun seketika melihat
    library uni anda:)

  4. eldy Avatar

    fuyohh ~ kalau library tu ade laptop kan best !!

    1. beliamuda Avatar

      @eldy, dekstop ada la… laptop tu cam payah sikit.. kan kena angkut free je nanti…

  5. jimie Avatar

    aku ske tdo situ……besh2….lg2 kat area tingkat atas yg mana bwh dia tmpt pak guard menempek….tu meja baekknyr cover…hahaha…x sbr nk balik sne smula..bowsan laak rasenya lelama tyme praktikal ni…rse berkarat lak otak ni…hahaha

    1. beliamuda Avatar

      @jimie, praktikal pun boleh bosan.. duk kat umah time cuti sem pun bosan juge…

      1. jimie Avatar

        @beliamuda, adehh sowey bazir space lak…patutnya aku letak embedded comment reply…

  6. jimie Avatar

    mula2 excited…..lelama bowsan gak….ye arrr duk ofis dari pagi smpi petang kot…balik2 da magrib..jln jam..haha…x pat nk men futsal ptg2 ke…klu kat uni…de gap2 leh tdo kat blik…leh men dota ke jap..haha…ni nk men game x pat kot…nty ko intern bwu rse kot….tgk tmpt intern….aku alone ranger…kat stu company swasta ni…..adehh!!!

    1. beliamuda Avatar

      @jimie, oh, ptt la.. ko course pe eh?

      1. jimie Avatar

        @beliamuda, aku kosmo…hehe..aku amek course BIS …BISNES..ko bro??waaaa menarik blog hang…macam2 info ade…mmg ske mengarang ea…mantap2..

        1. beliamuda Avatar

          @jimie, aku chem eng. isi masa lapang kat umah ni la…

          1. jimie Avatar

            @beliamuda, owh ye kew…hahaha..orite arr tu…aku masa lapang malam jew pas balik praktikal..tapi slslu masa tu diisi ngn tido laaa..letih wooo..9am sampai 6pm..pupapupap samapi umah kat 7 lebey..balik kompem boom nye…arini rse de stamina sket lg online..hehehe…btw batch mane bro??

          2. beliamuda Avatar

            @jimie, sibuk gak eh. aku batch jan 07.

  7. […] Final report baru sahaja siap di-hard bound malam semalam. Dibuat di Serdang katanya. Kat dalam tu terdapat segala laporan terutamanya projek dan aktiviti utama yang dijalankan sepanjang praktikal. Salinan softcopy dalam format PDF dimasukkan ke dalam CD. Kedua-duanya akan ditempatkan di perpustakaan (baca: IRC UTP). […]

  8. […] saya telah berkesempatan untuk ke Financial Department di bangunan Kompleks Canselor, bersebelahan IRC UTP. Kebetulan teman kawan-kawan pergi membayar yuran asrama untuk minta dilepaskan keputusan […]

  9. […] (UTP). Gambar panorama ini diambil kebetulan lalu dikawasan tersebut. Banyak lagi akan datang. Gambar di IRC UTP pun dah ada sebelum […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge