beliamuda {dot} com

::kau menjadi inspirasi untukku menulis kembali::

Keputusan Pemilihan MPP UTP 2009/2010

Diposkan oleh beliamuda yang telah menulis 404 entri

Salam sejahtera buat semua.

Hari-mengundi

Izinkan buat saya untuk sekali lagi menulis mengenai pemilihan MPP UTP 2009/2010. Sejak terlibat dengan malam manifesto, saya tidak dapat tidak terasa dekat dengan pemilihan kali ni. Lagipun, ini merupakan satu tanggungjawab sebagai seorang pelajar UTP.

Keputusan pemilihan MPP UTP telah diketahui seawal jam 8 malam lagi. Mesej terawal yang diterima menyatakan Calon No. 3 kalah. Mesej tersebut dihantar oleh salah seorang penyokongnya. Agak terkejut juga secara peribadinya.

Berikut adalah keputusan pemilihan MPP UTP 2009/2010:

Haniff Humam -1390

Abdul Mu’id Basidth -1428

Muhd Ashraf -951 (tewas)

Nurul Ain -1394

Jenani -1040

Umair -1454 (tertinggi)

Sedikit mengenai analisa pemilihan kali ini dari kaca mata saya dan juga berdasarkan apa yang diutarakan oleh rakan-rakan. Secara peribadi, saya rasakan Ashraf (Acap) merupakan calon yang berpeluang untuk mendapat kerusi. Saya lihat punca terbesar yang menyebabkan dia kurang digemari ialah penyokongnya yang terlalu fanatik. Kesederhanaan Jenani lebih menjadi pilihan.

Hari-mengundi-2

Apakah fanatiknya penyokong Acap? Sejak malam manifesto lagi, ada beberapa tindakan penyokongnya yang agak provokatif. Bermula dengan serangan terhadap Nurul Ain dengan pertanyaan yang menyerang keperibadiannnya dan tindakan mempersoalkan tindakan pengerusi majlis pada malam itu pada sesi soal jawab.

Untuk makluman, sesi soal jawab pada malam itu agak tegang, terutama semasa sesi untuk Nurul Ain, sehingga saya terpaksa mengarahkan individu yang ingin bertanya kembali ke tempat duduk. Semasa sesi Umair, penyokong Acap dilihat tidak puas hati dengan kelebihan masa yang diberikan. Malam tu, manifesto Umair sahajalah yang menepati tempoh masa yang diberikan. Oleh itu, wajarlah untuk dia mempunyai masa yang lebih untuk soal jawab.

Selepas manifesto, ada khabar tidak sedap didengari apabila dikatakan beberapa penyokong Acap mengekori individu yang dilihat tidak pro-Acap. Saya tidak mengetahui sejauh mana kebenaran kisah ini, tapi dikatakan provokasi terhadap Nurul Ain telah mengganggu emosinya.

Saya tidak tahu kenapa penyokong Acap terlalu fanatik, sedangkan Acap sendiri dilihat lebih sederhana. Acap juga membawakan idea dia tidak disokong oleh mana-mana badan dan berdiri sendiri. Saya lihat, Jenani jauh lebih bersendirian dengan jumlah penyokongnya pada malam manifesto yang hanya memenuhi dua baris kerusi sahaja, sedangkan penyokong Acap memenuhi hampir separuh Island D.

Banyak lagi tindakan fanatik yang diutarakan oleh rakan-rakan tentang penyokong Acap. Mungkin inilah yang banyak menenggelamkan kepercayaan terhadap Acap. Saya rasa ramai yang sukar memilih pada hari pengundian kerana mereka perlu menolak seorang calon sahaja. Pada awalnya, saya rasakan ramai yang akan menolak Jenani atas sebab kurangnya populariti dan sentimen perkauman. Nampaknya, pengundi lebih selesa memilih Jenani berbanding kefanatikan pembawaan oleh penyokong Acap. Mungkin ini telah mengaburi kemampuan Acap sendiri.

Maaf kalau entri ini dilihat lebih kepada menyebut kesilapan yang dilakukan Acap. Saya sendiri tidak menyangka Acap akan kalah. Mungkin ini boleh dijadikan pengajaran untuk Acap di masa depan. Buat penyokong Acap, ketahuilah, ramai yang menilai calon dengan melihat penyokongnya. Ini benar, terutama sekali dalam situasi sebenar politik. Ramai rakan-rakan saya menolak untuk memilih Acap disebabkan penyokongnya.

Saya sendiri? UNDI ANDA ADALAH RAHSIA.

beliamuda: tahniah dan takziah kepada yang menang… semalam, berkahirnya Test 2, dan dua minggu daripada sekarang, Final Exam akan bermula~


29

October
2009
Masa: 8:04

27 Komen | Ada nak kata apa-apa ke? ↓

Jom kita berborak di ruangan komen ni!

  1. argh.
    sape pon yg menang..
    still takde perubahan…
    tenet still slow..
    DC tak boleh..
    F#@k MPP UTP..

    Usah biacara ttg perjuangan jika takut akan risiko.
    Jaws´s last blog ..Menjadi Kaya Dengan Simpanan My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @Jaws, huhu.. itu dia Jaws yang memang berapi kalau bab tenet dan DC.. ingat lagi masa ko semangat nak gi jpe ITMS pasal tenet masa sem lepas.. :P

    [Reply]

    Mantra Reply:

    @Jaws, Aku sokong aku sokong!

    [Reply]

  2. aminbaek

    huh..aku ada dengar gak cara berkempen yang kurang bersih dari pihak lawan..tak tau a..tp aku byk dgr cte yang sama..hahah..

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @aminbaek, banyak citer tu, kena tapis mana satu yang benar… harap2, semua kembali reda dengan segala perselisihan dan perbezaan pandangan ni..

    [Reply]

  3. ohoh. terasa bahang utp sampai ke sini tatkala saya membaca post anda. ekkeke. hyperbolic la pulok.

    saya nak tanya anda, anda tahu ape2 ttg tugas SUK mpp utp?

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ikin, SUK? setiausaha ke? maaflah, takut kependekan ni membawa maksud berbeza je..

    [Reply]

    ikin Reply:

    @beliamuda, setiausaha kerja. er..suk ni macam s/u peribadi seorg mpp laa.. kat utp wujud ke tugas ni yeh?

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @ikin, takde kot tugas ni…

    [Reply]

  4. seriously time naz mengundi dulu, naz cuma melepaskan batuk di dalam lab computer, haha. sbb semua calon buat persiapan last minute baru nak dekati student….
    nazra´s last blog ..Perempuan : Aku nak boikot kau. My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @nazra, cam takde semangat nak dekati student je kan..

    [Reply]

  5. Thanx sbb back up aku.. haha

    sedikit dari pengerusi majlis,

    Utk pengetahuan sy tidak berniat utk cenderung kpd mana2 pihak memandangkan tugas ini diamanahkan oleh Abg Raja Shoman dan tiada kaitan dgn mana2 badan memandangkan saya tidak ‘berbadan’. Tiada masa utk menjawab smmgny disebabkan mereka menggunakan masa yg lebih.. lebih masa utk menjawab kerana mereka telah menggunakan masa sebaiknya..

    adalah tidak adil bg saya mmberikan lebih peluang kpd org yg telah mensia-siakan peluang.. buanglah perasaan paranoid anda dan hentikan provokasi.. kami petugas ada 6 orang untuk menjadi saksi.. semmgny kami tiada kne mengena dgn mana2 pihak.

    korg pun tahu saya dah bagi 12 minit setiap seorang walaupun masa yg sepatutnya 10 minit sahaja. dan untuk Acap dan Ain hampir 15 minit.. sekadar makluman.. justeru di mana lagi biasnya?

    aku baru bersuara setelah berdiam diri sejak hari itu. baru rasa politik utp agak kotor sampaikan org yg x sepatutny dikaitkan. Walau bagaimanapun tahniah dan takziah untuk pemenang. kpd yg kalah, teruskan memberi sumbangan utk mpp seterusnya dan mungkin cuba lg pd peluang seterusny.. anda mmg hebat, itu tidak dinafikan. Calon len juga hebat, semua hebat. Semoga mpp 2009/2010 lebih berjaya dgn sokongan kita selaku ‘rakya’..

    [Reply]

  6. syuhaidah

    first tyme bg komen kat blog nipi ni ;)
    saya bersetuju gak ngan nipi.. but jus wanna clear up something..

    ‘Selepas manifesto, ada khabar tidak sedap didengari apabila dikatakan beberapa penyokong Acap mengekori individu yang dilihat tidak pro-Acap.’

    memang btul ada penyokong acap yg pergi kpd salah seorang yg penyokong drpd pihak lain, tp hanya sekadar untuk menerangkan dan memberitahu perkara sebenar..saya dgr ada yg kate penyokong acap ni sampai block2 kete org.. mende tu x betul sama sekali.. mereka hanya pergi untuk memberikan penjelasan disebabkan ketika sesi soal jawab 2 acap x dpt menjwb soklan drpd org yg bertanya disebabkan kekangan masa..introduction kepada soalan sgt pjg sehinggakan acap sendiri tidak dpt menjwb pertanyaan itu..

    memang diakui penyokong acap agak agresif n fanatik n mungkin termasuk diri sy sendiri.. tp ini smue disebabkna kami betul2 mahukan perubahan, mahukan pembaharuan.. walaubagiamanapun mungkin benar juga kafanatikan ini memberi impak negatif kpd acap..insyallah nex tyme kalo acap bertanding lg, byk benda yg akan diimprove..

    acap memang stand alone n dia hanya ada my3 for all n kami yg menyokong sahaja.. jenani walaupun pada mlm manifesto tidak ramai penyokong yg dtg, tp harus kte ingat, die ada kekuatannya sendiri bila hanya dia satu2 nya calon drpd nonmuslim..

    ya, acap memang bersederhana sahaja orgnya.. thanx 2 nipi for this post.. election tahun dpn, pastinya ada improvement nant..insyaallah..n pastinya ramai lg “acap” yg akan muncul..

    [Reply]

  7. tp siyesly aku rasa org yg dpt plg byk undi tu plg2 layak r… budak coz dia siap buat konvoi lg.. bukan maen weh.. penyokong dia pun plg agresif r aku rasa.. tp rilek je la xde ngutuk2 org setahu ak.. ad team len tu sampai bley cabut/koyak poster calon len plak tu..

    ps2 time manifesto ak bg lps je dia sorg 3 soalan sbb ada masa kan walaupun calon len plg byk pun 2. tp stil dia bley jwb dgn mantap r walaupun ringkas. dgn imejny yg bersih, mmg sgt layak r..

    tp siyesly ak rasa MPP kali ni mmg SANGAT MAMPU membawa perubahan dgn kemasukan Jenani selaku satu2ny wakil non-muslim buat pertama kaliny dan memecahkan dominasi melayu (yg kononnya dikatakan RM dgn hanya kerana selalu solat jemaah d msjd n pakai kopiah/jubah). komposisi yg sgt balance la bg ak setelah lama melayu je kat situ n org len asyik komen mcm2.. Nah! ini perubahan yg kita mau.. dan MPP lps pun byk gak bawa perubahan, cuma org yg x peduli mmg xtahu..

    [Reply]

  8. slama aku duk 4 tahun kt upsi ni, aku xpenah gi mengundi..hehe mls aku
    x-po´s last blog ..KAKI REPORT : PATUT DIPULAUKAH? My ComLuv Profile

    [Reply]

  9. hahahahaha..
    suka aku melawat blog2 pelajar UTP pasal ni..
    ada yg sokong acap,kata pilihanraya RM yg kontrol,suruh semua budak foundation jgn undi no.3…RM buruk2kan calon no.3..sabotaj no.3 sbb nak RM kontrol MPP…

    bs sungguh..
    hakim´s last blog ..What I learn from Orphan My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @hakim, haha.. banyak juga dengar pasal hal ni. terkedu sampai dah tak tahu nak kata apa. harap2 lepas ni, segala perbezaan pendapat dan perselisihan dapat dipulihkan…

    [Reply]

  10. 1. acapa xpernah pun post kat blog dia yg mnuruh agar pnyokong dia jgn hentam calon lain.. so, dia kena bertanggungjawab

    2.kepada si pondan yg attack pompuan, memang lu pondan.. klau laki, attack laki arr. dayus!!!

    3.walau saya hate so mauch pnyokong acap, saya still undi acap coz saya pun nak tngok perubahan..

    4.to syuhaidah, semua org harapkan kebaikn, tapi kalau bnda tu tpaksa lalu jalan kotor, itu bukan kebaikn

    5.so what? saya pun stand alone gak.. pe de hal..
    luqman hakim´s last blog ..Selamat Hari Ayah ~ everyday is my dad besday!! My ComLuv Profile

    [Reply]

  11. Bila cakap pasal politik, aihs rase malas je nak dengar. Sebab apa? sebab orang yang ada kuasa besar je la yang boleh monopoli bidang ni. Sape ade kuasa, sapa ada duit dia lah menang. Macam-macam cerita dah aku dengar. Penah ke ade politik yang bersih? Aku pun tak sure benda ni. Sebab aku memang tak minat politik. Aku tak khaskan kepada sesiapa. Aku cakap secara general je. Sebab selalu aku tengok filem2 tamil memang macam tu la keadaan politik yang aku dapat baca. Hahaha… so u think. Bagi aku, kalau pemimpin-pemimpin ni terpilih sebab bakatnya sebagai seorang yang adil, saksama,melakukan tugas,mengambil tindakan atas suara rakyat dan bijaksana maka aku sokong. Bukannya sebab dia adalah “seseorang” sebab tu dia layak untuk menang. Orang ni bukan “seseorang” so dia tak boleh jadi pemimpin.

    [Reply]

  12. Assalamualaikum WBT/Hi!

    Please kindly visit UTPress and drop any suggestion for the improvement of SRCUTP. We believe that the idea from you guys will uplift the reputation of SRCUTP 2009/10.

    http://utpress.blogspot.com/2009/11/welcome-to-new-line-up-of-srcutp.html

    Best regards,
    High Committee of SRCUTP 2009/10
    SRCUTP 2009/10´s last blog ..Welcome To New Line Up Of SRCUTP 2009/2010 My ComLuv Profile

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @SRCUTP 2009/10, TQ for visiting this blog. We hope to see some changes and improvement in our new MPP. (^_~)v

    [Reply]

  13. iqb4lipoh

    tahniah kepada calon 6. harap BENAR-BENAR dapat bawa PERUBAHAN.

    “My ink is black. Don’t ask me to colour the rainbow”

    [Reply]

  14. Salam kpd beliamuda,

    Maaf kerana lambat respon dalam blog ini. Sebenarnya telah berkali-kali cuba untuk buka tp, slalunya tak dpt.

    Persoaln yg diutarakn terhadap kes2 yang berkaitan telah pn sye jwb dlm blog sye. Kalau tak keberatn sila rujuk http://acap03.wordpress.com/2009/11/03/answering-false-accusations/

    terima kasih ats peringtn dan pndangn yg ikhlas. Mudah-mudahn dpt sye gunakan dalam perjuangan sye. Sye sokong usaha saudara utk lebih engange dlm politik kampus sbb golongn sprti kita ni tak rmai. Tp, prubhn itu dimulakn dgn jumlh org yg sdikit. Sye dan saudara. Truskn menulis dan luruskan niat kita bersama.

    Salam perjuangn.
    Mohd Ashraf bin Nor Azrol´s last blog ..NO STUDY WEEK FOR NEXT SEMESTER, AGAIN? My ComLuv Profile

    [Reply]

  15. salam..
    saya wakil dari mpp Kolej profesional mara seri iskandar.
    kami berminat untuk mempunyai link bersama mpp utp ..siapakah yang boleh saya hubungi???

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @siti nurafifah binti abu hassan, wasalam. boleh semak di blog rasmi MPP UTP >> http://utpress.blogspot.com/

    [Reply]

  16. siti nurafifah binti abu hassan

    selain dari utpress.blogspot.com
    adakah terdapat saluran lain untuk berinteraksi bersama mpp universiti teknologi petronas seperti facebook or e-mail.

    [Reply]

    beliamuda Reply:

    @siti nurafifah binti abu hassan, dalam blog tersebut ada diberi link FB mereka.

    http://www.facebook.com/group.php?gid=168355188935&ref=mf

    [Reply]


1 Trackbacks/Pingbacks

  1. Rapuan dalam keserabutan malam | beliamuda {dot} com 31 10 09

Komen anda

CommentLuv diaktifkan