Salam sejahtera buat semua.

Along dirotan lagi pada hari tersebut. Namun, kali ini lain sikit dia dirotan ibu. Lebih kuat daripada biasa. Barangkali ibu marah sangat dengannya yang telah menumbuk anak pengetua di sekolah tadi. Along berasa sangat sedih dengan tindakan ibu, tapi dia tahu, itulah sahaja ibunya.
Seminggu berlalu, ibu masih lagi dingin dengan Along. Along cuba untuk berbuat baik dengan ibu hari ni, namun Atih terlebih dahulu datang menolong. Tanpa disangka, dia terdengar satu perbualan mengenai Angah dan Alang. Pertanyaan daripada Atih sangat meruntun hatinya.
Akhirnya, Along mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah selama seminggu untuk berkerja dan menenangkan fikiran. Dia berkerja di bengkel Abang Joe dengan upah RM15 sehari.
Dia sebenarnya bercadang untuk menghadiahkan ibunya dengan jubah sebagai hadiah hari lahir ibunya. Pengakhiran cerita yang menyedihkan. Suatu cerpen ringkas tentang kisah seorang ibu dan anaknya. Anda boleh bacanya di sini; Jubah Buat Ibu.
***
Cerpen tadi aku baca pada hari terakhir aku berada di rumah masa cuti raya baru ni. Kena pulak lepas tu layan lagu Anak Soleh yang dinyanyikan Aiman. Memang menusuk kalbu betul. Dah la petang tu aku terima syarahan terbaik daripada Mama… 😛
Sambil baca tu, boleh layan video Anak Soleh ni. Ada dua versi aku letak kat sini. Satu versi asal dan satu lagi versi yang dimasukkan video di suatu majlis (lebih menyentuh hati).
***
Original
***
Alternatif
***
beliamuda: kalau rasa dah lama tak hubungi ibu dan ayah tu, cepat-cepaptlah call, tak pun SMS je…
Leave a Reply