Blog

  • Keputusan STAM 2010

    Salam sejahtera buat semua.

    Hari ini, keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2010 telah diumumkan. Seramai 4,138 atau 63.3 peratus calon STAM tahun lepas memperoleh sijil dengan pangkat sekurang-kurangnya Maqbul (lulus).

    Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, 413 calon memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) dengan 50 daripadanya mendapat gred cemerlang dalam kesemua 10 mata pelajaran, 804 mendapat Jayyid Jiddan (sangat baik) dan 1,961 Jayyid (baik) dan selebihnya Maqbul.

    (more…)

  • Final Report, CD dan Logbook Internship UTP July 2010

    Salam sejahtera buat semua.

    310120111976

    Final report, CD dan logbook Internship (baca: praktikal) sebelum dihantar kepada SIIU (baca: Student Industrial Internship Unit) untuk pengesahan penerimaan dan dihantar kepada SV UTP (baca: Dr Lau Kok Keong) untuk pemarkahan.

    Final report baru sahaja siap di-hard bound malam semalam. Dibuat di Serdang katanya. Kat dalam tu terdapat segala laporan terutamanya projek dan aktiviti utama yang dijalankan sepanjang praktikal. Salinan softcopy dalam format PDF dimasukkan ke dalam CD. Kedua-duanya akan ditempatkan di perpustakaan (baca: IRC UTP).

    (more…)