Salam sejahtera buat semua.
Hari ini, keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2010 telah diumumkan. Seramai 4,138 atau 63.3 peratus calon STAM tahun lepas memperoleh sijil dengan pangkat sekurang-kurangnya Maqbul (lulus).
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, 413 calon memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) dengan 50 daripadanya mendapat gred cemerlang dalam kesemua 10 mata pelajaran, 804 mendapat Jayyid Jiddan (sangat baik) dan 1,961 Jayyid (baik) dan selebihnya Maqbul.
Sebanyak 10 mata pelajaran ditawarkan kepada calon STAM yang meliputi bidang bahasa, sastera Arab, syariah dan usuludin. Kesemua calon yang memperoleh sijil layak memohon untuk melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan atau ke Universiti Al-Azhar di Mesir.
“Seramai 3,178 calon yang mendapat pangkat Mumtaz hingga Jayyid layak memohon untuk melanjutkan pelajaran Universiti Al-Azhar,” kata Abdul Ghafar.
Calon yang tidak berjaya boleh menduduki semula atau memperbaiki pencapaian untuk sebarang mata pelajaran yang kurang memuaskan. Mereka diberi peluang untuk mendaftar bagi menduduki semula peperiksaan itu pada 31 Mac ini.
Dipetik daripada BERNAMA.
beliamuda: Pasti pelajar STAM kali ni teragak-agak untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar…
haha bukan teragak2 lg dah.. kompom kalau pg pun family risau giler kot..
fiffy syafiqa hazirah´s last blog about ..Malaysia winter sekarang ni
agak2 gov akan benarkan ke student dihantar ke sana lg eh?
intenet bengap, x pasal2 terpublish b4 habis taip
fiffy syafiqa hazirah´s last blog about ..Malaysia winter sekarang ni
@fiffy syafiqa hazirah, rasanya semuanya bergantung kepada keadaan semasa. Macam di Indonesia yang berada dalam kawasan benacan gunung berapi, student masih lagi dihantar ke sana.
Pingback: Tweets that mention Keputusan STAM 2010 | beliamuda {dot} com -- Topsy.com
salam.boleh x hantar mel slip keoutusan stam 2010 saya kt email saya…..plez
@mohammad saiful, wasalam. tidak boleh. terima kasih.