Pilihan Raya Kecil – ADUN Bagan Pinang Meninggal Dunia

Salam sejahtera buat semua.

Baru sebulan yang lalu kita mendapat berita kematian ADUN Permatang Pasir, Tuan Mohd. Hamdan bin Abd. Rahman yang membawa kepada Pilihan Raya Kecil pada 25 Ogos lalu. Hari ini, kita dikejutkan pula dengan kematian ADUN Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor dari Barisan Nasional (BN).

Petikan berita daripada Utusan Malaysia Online.

PORT DICKSON 4 Sept. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Azman Mohd. Noor dari Barisan Nasional (BN) meninggal dunia pukul 2.30 petang ini.

Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan perkara itu. – Utusan

Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham YB Azman Mohd. Noor.

Continue reading

Spiderman akhirnya berjaya menawan puncak Menara Berkembar Petronas

Salam sejahtera buat semua.

spiderman

Satu-satunya Spiderman yang diketahui hidup di dunia ini, Alain Robert akhirnya berjaya menawan puncak Menara Berkembar Petronas dalam percubaannya semalam setelah mencuba buat kali yang ketiga. Percubaannya yang pertama ialah pada tahun 1997 dan kemudiannya pada tahun 2007.

Continue reading

Ulang Tahun Kemerdekaan ke-52

Salam sejahtera buat semua.

malaysia-merdeka-52

Entri pendek sahaja. Sekadar ingin mengucapkan salam kemerdekaan yang ke-52 buat semua rakyat Malaysia.

Persoalan biasa yang timbul bila tarikh 31 Ogos menjelma –  “kita sudah betul-betul merdekakah?” Saya tak nak komen banyak. Sudah ramai blogger yang tulis. Pembaca sendiri pun mempunyai pandangan masing-masing kan?

Continue reading

(EdCoustic) Nantikanku di batas waktu – Sanggupkah aku?

Salam sejahtera buat semua.

melodi-d-hujung-minggu

Tiba-tiba terfikir nak buat satu kategori baru dalam blog ni. Kategori yang dinamakan Melodi d’ Hujung Minggu ni bertujuan untuk memaparkan lagu yang pada pandangan saya adalah menarik dan mempunyai kisah dan maksud tersendiri kepada diri saya. Sekadar perkongsian dengan pembaca semua.

Lagu pertama untuk minggu ini ialah Nantikanku di Batas Waktu oleh EdCoustic.

Continue reading