Blog

  • Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Tenang (N5)

    Salam sejahtera buat semua.

    30 Januari 2011 menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) ke-14 yang diadakan buat kali pertama di negeri Johor. PRK 14 ini diadakan untuk kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N5). Pilihan Raya Kecil DUN Tenang menyaksikan pertandingan antara calon BN, Mohd Azahar Ibrahim dan calon PAS, Normala Sudirman.

    Info Pilihan Raya Kecil DUN Tenang:

    Pilihan raya kecil DUN Tenang akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

    • 14,753 pengundi berdaftar.
    • 14,735 pengundi biasa.
    • 18 pengundi pos.

    Lagi fakta dan info PRK Tenang (N5).

    (more…)

  • (Only Won) I Wanna Be An Engineer: Mood Final Year

    Salam sejahtera buat semua.

    Melodi

    Sudah seminggu saya secara rasmi berada di tahun akhir pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Keputusan telah dibuat untuk ambil majoring Process Control.

    Tahun ni paling padat dengan tiga sem sampailah ke hujung tahun ni atau mungkin awal tahun depan dengan cuti sepanjang tahun yang mungkin tidak melebih sebulan pun (tidak termasuk cuti hujung minggu).

    Jom layan lagu I Wanna Be An Engineer oleh Only Won (Billionaire Geeked Out Mix) sempena dengan mood final year! Lirik pun ada sekali kat bawah.

    (more…)