Pergi Tak Kembali

Salam sejahtera buat semua.

Ustaz-Asri_Pergi-Tak-Kembali

Sejenak terleka di makmal bersama rakan hari ini, aku dikejutkan dengan berita kematian Ustaz Asri. Buka sahaja twitter, kebanyakan rakan di twitter telah tweet berkenaan kematian Ustaz Asri. Ustaz Asri yang dikenali ramai ini merupakan vokalis utama kumpulan Rabbani, salah satu daripada kumpulan nasyid terhebat tanah air.

Continue reading

Aku yang semakin sibuk

Salam sejahtera buat semua.

Image056

Kali ini aku menulis entri peribadi pulak. Aku tulis benda-benda pelik kat sini, rumet aku pulak kata takde mood dia nak baca. Aishh… (^_~).

Jadi, sempena meraikan dia dan aku yang rasa nak menulis entri peribadi, jadi aku tulis je la kan. Kalau minggu lepas aku cuti seminggu sebab ada orang bersin keluar virus H1N1, minggu ni UTP dah beroperasi balik.

Aku tiba di UTP pada hari Sabtu, sekitar pukul 4 bersama sepupu aku. Tempat pertama yang mesti pergi ialah Main Hall sebab ada screening test untuk H1N1. Aku melangkah masuk je la dengan selamba masa tu. Orang pun tak ramai. Sepupu aku elok je lepas masa ujian tu. Continue reading

Biasiswa PNB Pengajian Dalam Negara 2009

Salam sejahtera buat semua.

Permodalan Nasional Berhad (PNB) mempelawa para pelajar yang sedang menuntut di peringkat ijazah sarjana muda dan tidak mempunyai sebarang penajaan untuk memohon biasiswa yang ditawarkan bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Syarat Tawaran

  1. Sedang mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di mana-mana IPTA.
  2. Sedang mengikuti salah satu daripada pengajian peringkat ijazah sarjana muda di dalam bidang-bidang berikut;
    • Perniagaan
    • Teknologi Maklumat
    • Kejuruteraan
    • Sains kecuali perubatan, farmasi, pergigian dan veterinar

Continue reading

(Gambar) Utusan Malaysia Online Melakar Sejarah Baru

Salam sejahtera buat semua.

UM logo

Aku pun tak pasti nak letak tajuk apa untuk entri ni. Benda ni pun dah berlaku dua tiga hari lepas. Tapi, lakaran sejarah oleh Utusan Malaysia Online itu sempat aku abadikan dalam sekeping gambar. Bukan apa, takut nanti benda tu hilang, jadi lebih baik aku screenshot terus benda tersebut.

Tanpa berlengah lagi, silalah tengok di bawah, apa yang saya katakan sebagai sejarah baru bagi sebuah akhbar berbahasa Melayu yang bernama Utusan Malaysia. Continue reading