(Wali Band) Kekasih Halal – Ku Rindukan Gadis Berkerudung Merah

Salam sejahtera buat semua.

melodi-d-hujung-minggu

Seperti biasa, entri Melodi d’ Hujung Minggu kembali lagi. Jangan salah faham pula dengan tajuk entri ni. Nama lagu kali ini ialah Kekasih Halal oleh Wali Band. “Ku Rindukan Gadis Berkerudung Merah” tu akan diceritakan di bawah nanti.

Pertamanya, nak minta maaf sebab semalam tak sempat nak kemas kini entri baru seperti yang dijanjikan. Tidak sangka semalam telah bertukar kepada guys day out (ada ke istilah ni?). Balik hampir pukul 12 malam. Nanti akan dikemas kini untuk entri yang dimaksudkan dan juga entri guys day out tuh.

Continue reading

Habis sudah test 1

Salam sejahtera buat semua.

Image056.jpg

Akhirnya, setelah dua minggu yang sibuk, terutama minggu ni sebab ada tiga test pada hari yang berturutan. Diingatkan di sini, walaupun ada test, kelas masih berjalan seperti biasa, asemen ada je yang kena buat dan lab pula memang  lama. Ada test yang diadakan sejam selepas kelas terakhir dan ada juga test yang diadakan lewat petang (habis sekitar pukul 6 petang).

Entri ini sekadar kemas kini ringkas tentang perkara yang berlaku sepanjang minggu ni. Entri baru akan menyusul mungkin petang ni atau malamnya. Tengok keadaan la. Nak kuar gi merayap ke Ipoh dengan kawan-kawan jap lagi.

Continue reading

Jauhnya realiti daripada kesempurnaan fantasi

Salam sejahtera buat semua.

Untuk sepanjang minggu ni, merupakan masa-masa genting sebelum bercuti Raya ni. Semalam sahaja ada satu test dan kuiz. Hari ini ada satu lagi test dan satu lagi pada keesokannya. Bagi yang ambil subjek bahasa dan ko-q tu, ada satu lagi tambahan test. Semoga berjaya untuk semua.

Entri ni ditulis sekadar respon kepada entri Cik Tna a.k.a colorless (boleh ek panggil cmni?). Entri dia pendek je, tapi aku komen sampai terlebih panjang lak. Jadi, aku nak masukkan komen tu kat sini dan disunting semula dalam struktur ayat yang lebih baik. [Daripada takde update, aku masukkan je la. Lagipun, takkan nak entri Jika Aku Jatuh Hati tu je yang nampak kat atas kan]

Continue reading

Suatu perkongsian dari hati dan Jika aku jatuh hati

Salam sejahtera buat semua.

Tulisan aku kali ini agak berlainan. Apa yang aku tulis kali ini, merupakan suatu yang lahir daripada hati aku, melalui pengalaman yang aku telah lalui. Sekadar perkongsian untuk mengingatkan diri di masa hadapan, kerana kita memang mahluk yang pelupa.

Continue reading