Salam sejahtera buat semua.
Pada hari Isnin yang lalu iaitu pada 19 September, saya telah membawa rakan-rakan ke satu kawasan yang baru sahaja dibangunkan di Kota Bharu iaitu QueensPark SportzCity & Boulevard, Tanjong Chat, Kota Bharu.
Perancangan asal pada hari tersebut hanyalah untuk keluar bermain boling di KB Mall, tapi telah diselitkan dengan rancangan untuk ke QueensPark bagi memenuhi janji dengan adik bongsu saya. Saya dah berjanji untuk membawa dia ke kedai Tutti Frutti yang baru dibuka di bangunan QueensPark (merupakan kedai pertama dan satu-satunya yang beroperasi di sana buat masa ini).
Saya sebenarnya sedikit teruja untuk mengetahui mengenai QueensPark ni. Dah nama pun lain macam je. Tak pernah pulak ada tempat dengan nama macam tu di Kota Bharu ni, apatah lagi Kelantan. Mengikut apa yang tertulis di laman web khas QueensPark, “QueensPark SportzCity & Boulevard ikonik yang terletak di Kota Baru, Kelantan adalah satu-satunya destinasi hiburan rekreasi dan sukan bersepadu yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menggalakkan gaya hidup sihat untuk semua orang.”
“Berkonsep gaya hidup sihat terkini yang menggabungkan hiburan sukan dengan pusat makanan eksklusif tempatan dan antarabangsa, tempat makan terbuka, persembahan kebudayaan dan kesenian, muzik, hiburan, kegiatan sukan serta rekreasi, QueensPark SportzCity & Boulevard direka khusus untuk sesiapa sahaja yang mahukan pengalaman unik.”
Kalau dibaca lebih lanjut di laman web tersebut, ada dinyatakan juga beberapa aktiviti sukan dan permainan yang boleh dilakukan di sana berdasarkan kepada perancangan untuk menempatkan pusat boling terbesar 36-lorong, pusat snuker dan pool terbesar serta pusat futsal terbesar yang mematuhi standard FIFA.
Selain itu, ada jua kemudahan-kemudahan lain termasuk gelanggang permainan kasut roda berirama dengan limpahan lampu dan muzik – pertama seumpamanya di Kelantan yang dikatakan akan turut sama ditempatkan di sana.
QueensPark SportzCity & Boulevard adalah cetusan idea daripada KDYMM Tuanku Muhammad V, Tengku Muhammand Faris ibni Sultan Ismail Petra.
Khairul Anuar dan Farhan Faiz
Pemaju yang bertanggungjawab membangunkan QueensPark ialah Kristana Holdings Sdn Bhd yang beralamat di Suite 10.01 & 10.02, 10th Floor, Menara HeiTech Village, Persiaran Kewajipan, USJ1, 47610 UEP Subang Jaya, Selangor.
Jadi, dimanakah letaknya QueensPark SportzCity & Boulevard ni? Bukan di tengah-tengah bandar Kota Bharu ya, tapi boleh saya katakan berada di pinggir bandar Kota Bharu. Bangunan ini betul-betul berada di depan Taman Perbandaran Tengku Anis dan juga bersebelah dengan Kompleks Taman Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kelantan.
Gambar yang ditangkap semasa berada di simpang masuk ke QueensPark (masa ni nak keluar dah la).
Jika dilihat dalam gambar satelit di atas yang dipaparkan di Google Maps pun menunjukkan gambar lama kawasan tersebut yang belum dibangunkan. Lagi gambar yang sempat ditangkap sepanjang saya berada di sana boleh dilihat di bawah.
QueensPark Boulevard (bahagian tepi)
QueensPark SportzCity & Boulevard (bahagian tengah)
QueensPark SportzCity (bahagian tengah, depan)
Kompleks Taman Budaya
Bangunan Kompleks Taman Budaya ni pun dah cukup menarik perhatian saya. Bangunan ni baru lagi sebab semasa kali terakhir saya datang ke sini iaitu ke Taman Perbandaran Tengku Anis semasa di Tingkatan 5 dengan berjalan kaki dari MRSM PC, kawasan ini dipenuhi pokok-pokok sahaja…
beliamuda: Bangunan QueensPark SportzCity dan Boulevard ni adalah dua buah bangunan yang berbeza (tidak bersambung). Dibahagian depan adalah Boulevard, manakala yang di belakang adalah SportzCity. Nyata sekali, ini tiada kaitan dengan QPR – Queens Park Rangers
Tak sabar tunggu tempat bowling siap
buleh kito gi berbowling situ pulok
ko guano?
penaberkala´s last blog about ..FINAL YEAR FINAL SEMESTER
@penaberkala, hehe. Betul tu boh. Harap tempat boling tu molek la.
Kemah..
buleh tehey nok ngona wt derak..
ahsfantasy24´s last blog about ..Hitung Kira kebaikan dan Keburukan Orang Jom!
dah tutup ke? rupa tempat penunggu tunggu….