Promosi Celcom XPAX Frequency Reload

Salam sejahtera buat semua.

Celcom Xpax

Korang tahu tak apa kebendanya Promosi Celcom XPAX Frequency Reload ni? Mungkin ada yang dah tahu dan pernah dengar tapi ada yang masih kurang faham dengan promosi ni.

Promosi ini sudah diperkenalkan seawal 22 Januari dan tamat pada 28 Februari 2011. Faktanya, saya mengetahui mengenai promo ini melalui fungsi *118# semasa promo ini baru sahaja dikeluarkan dan saya telah pun menghabiskan 10 kali tambah nilai (baca: reload @ topup). Maknanya, saya dah merasa kesemua imbuhan yang ditawarkan dalam promosi ini.

Sebaik sahaja promo ini dilancarkan tempoh hari, bagi sesiapa yang tambah nilai (melebihi RM10), pasti ada menerima SMS daripada Celcom berkenaan promo ini yang mengatakan anda perlu tambah nilai untuk kesekian kali bagi mendapat bonus yang ditawarkan.

Siapa yang layak untuk sertai promo ni?

Promo ini ditawarkan kepada semua pelanggan Celcom prabayar yang terdiri daripada Blue, Sukses, Xpax, UOX and SOX. Jika anda tergolong dalam kategori ini, anda layak untuk dapat imbuhan berikut:

  1. Tambah nilai ke-5: 100 minit panggilan percuma ke semua nombor celcom dan sah selama dua hari selepas anda dapat bonus ni.
  2. Tambah nilai ke-7: Seminggu panggilan dan SMS percuma ke nombor 8pax (seperti bonus hari jadi dan mesej berkenaan bonus ini pun ditulis ebagai bonus hari jadi).
  3. Tambah nilai ke-10: Tambah nilai percuma RM10 dan layak untuk menang RM8,888 (sebelum ni RM3,000).

Bagaimana nak dapatkan bonus yang ditawarkan?

Cara untuk dapatkan bonus yang ditawarkan mudah saja. Anda hanya perlu tambah nilai paling minima RM10. Namun perlu anda ingat, ada satu lagi syarat tambahan untuk mendapatkan bonus pertama dan kedua di atas. Syarat tersebut adalah, tambah nilai ke-4 dan ke-5 (bonus 1) dan tambah nilai ke-6 dan ke-7 (bonus 2) mestilah dilakukan dalam hari yang sama.

Masih tidak faham?

Anda boleh baca lebih lanjut di laman Promo Frequency Reload atau dail *118# dan pilih “5 Reload Frequency Program”.

Sebaik sahaja anda menghabiskan 10 kali tambah nilai, anda akan mendapat SMS berikut (seperti mesej yang saya dapat pada 7 Februari 2011 yang lalu):

Anda tlh reload 10kali!RM10kredit bonus tlh dikreditkan ke akaun anda & anda juga bpeluang menangi RM3000! Kami akan hbgi pemenang pada 3/3.Selamat Berjaya!

beliamuda: Sebelum ni ada promo RM2 Bundle Service. Sayangnya setiap sorang dapat guna sekali je…

12 thoughts on “Promosi Celcom XPAX Frequency Reload

  1. hye, saya nak tahu, macam mana Celcom menghubungi pemenangnya / macam mana pemenang dapat menuntut cash prize? tQ

  2. saya juga nak tahu, macam mana Celcom menghubungi pemenangnya / macam mana pemenang dapat menuntut cash prize? tQ n bla akan adakan promosi 2 lg??? bln mac @ april 2011????

    • @rose, kebiasaannya, pemenang akan dihubungi terus. tapi kena berhati2 jugak dengan penipuan yang terjadi skg ni. untuk menuntut cash prize, kena pergi amik/tuntut di celcom center (mungkin di KL atau terdekat dengan anda).

    • @fiqah, bonus tu akan hadir sendiri apabila tiba masanya. Kan masa beli tu ada daftar. Melalui pendaftaran tu la Celcom tahu bila tarikh hari jadi. Kalau tak silap, bonus hari jadi untuk S.O.X hanya untuk nombor tertentu sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge