Nota Malam: (Bab 6) Kenangan Nasi Haiqal Yang Membawa Kami Terbang

Salam sejahtera buat semua.

Nasi Haiqal

[Lagu tema: –]

Nasi Haiqal. Ianya asing semasa aku berada di Tingkatan 4. Namun tanpa aku ingati bagaimana saat pertemuannnya dengan kami semua, ianya menjadi suatu ketagihan. Manakan tidak, rasanya sungguh enak tidak kiralah nasinya ataupun lauknya.

Nasi Haiqal adalah sejenis makanan yang dijual di Restoran Haiqal, Pengkalan Chepa, Kelantan. Jarak kedai ini tidaklah terlalu jauh dengan MRSM Pengkalan Chepa, tapi kalau nak berjalan kaki tu, 15 minit jugalah baru sampai rasanya. Nasi kukusnya, cukup-cukup dimasak. Ayam gorengnya, rangup dan enak dimakan. Entah rempah apa yang digunakan. Kuahnya, ah, kau perlu rasa sendiri untuk memahaminya.

Mengimbau kembali ketagihan ini, kami sanggup berpakat untuk menghantar salah seorang daripada kami bagi membeli nasi ini. Yang kesiannya, kalau banyak sangat ditempah, berat la nak dibawa pulang semula ke dalam asrama. Tapi, demi kesedapannya, ada yang sanggup pergi mendapatkannya. Kami hanya sabar menunggu menanti masa untuk merasainya.

Nasi Haikal sedap

Sejak Dewan Selera (DS) MRSM PC ditutup selama tiga minggu mulai 1 Mei akibat keracunan makanan, makanan diambil terus daripada Restoran Haiqal ni. Oh, sungguh mereka beruntung kerana dapat merasakan kesedapan Nasi Haiqal tanpa perlu bersusah payah mahu ke sana. Sungguh mereka perlu bersyukur! (walaupun saiz ayam menjadi sedikit kecil untuk memenuhi permintaan melebihi 700 orang pelajar).

beliamuda: [1] Esok kertas pertama untuk Final Exam, Transport Phenomena, subjek paling payah… [2] Group FB Nasi Haiqal ^_^

8 thoughts on “Nota Malam: (Bab 6) Kenangan Nasi Haiqal Yang Membawa Kami Terbang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge