Salam sejahtera buat semua.

Di kala pelajar kejuruteraan Tahun Tiga UTP sibuk dengan permulaan Engineering Team Project (ETP), masih lagi mencari idea, semalam Datuk Seri Najib telah melancarkan satu teknologi baru iaitu alat berwuduk automatik yang pertama di dunia.
Alat berwuduk auto ini dilancarkan oleh PM semalam. Ianya direka oleh juruterbang dan jurutera penerbangan, Anthony Gomez, seorang rakyat Malaysia.
Sistem pengambilan wudhu itu direka bagi membolehkan seseorang individu berwudhu dalam posisi berdiri mengikut ajaran kitab suci Al-Quran.
Alat ini mempunyai sensor yang akan mengeluarkan sukatan air yang tepat, selain sistem elektronik canggih untuk pengeringan segera dan ia berupaya memperdengarkan bacaan doa yang dirakamkan untuk sebelum dan selepas mengambil wudhu.

Menurut pencipta alat mengambil wuduk auto ini, beliau mendapat idea semasa melihat orang Islam sedang mengambil wuduk di sinki semasa berada dalam sebuah feri. Kos untuk penyelidikan dan pembanganunan (R&D) protataip telah menelang belanja sebanyak US$2.5 juta.
Katanya alat itu yang dianggarkan berharga RM10,000 setiap set dijangka berada di pasaran dalam tempoh enam bulan lagi dan syarikat itu yang beroperasi di Petaling Jaya telahpun menerima tempahan awal dari Arab Saudi dan Kuwait selain menerima banyak pertanyaan dari negara-negara Timur Tengah.

Kalau dengan harga RM10,000 untuk satu set, rasanya tak melihat mana la teknologi ni di pasang dalam negara kita. Kalau ada pun mungkin di masjid yang berteknologi tinggi dan berkos tinggi. Negara Arab nampak berminat pula dengan alat canggih ni.
beliamuda: ETP adalah satu projek kejuruteraan yang menggabungkan semua disiplin kejuruteraan yang ada di UTP iaitu kimia, elektrik, awam, mekanikal dan petroleum.
heh makin lama makin smart
anyway semoga berjaya untuk ETP
.-= TMUkmkd´s last blog ..Filem 30 Minit : Dehidrasi =-.
@TMUkmkd, terima kasih.
so yg reka 2 non-muslim r ek? pndai dorg cari duit ye 😛
alhamdulillah..bagus juga ada produk ni~
Memang bagus inovasi ni..
.-= zool´s last blog ..Jaya Jusco AEON dibuka semula =-.
aku pom pening kepala dengan projek.. final year projek
.-= Luth Textile´s last blog ..Kepala Babi ditemui di dua masjid =-.
apa maksud ‘berwuduk’ bro ?
.-= Eldy´s last blog ..31 hari, blog akan menjadi lebih mantap ? =-.
@Eldy, berwuduk adalah perlakuan mencuci anggota badan tertentu dengan air bersih sebelum menunaikan ibadat / solat.
alat tu.. hampir sama dengan projek last sem saya plk…cuma nya x ada satu benda dan kami plk tak memasang lampu pada alat tersebut…
semoga laku la alat tu…
klo tak…saya menyusul dengan harga yg lebih berbaloi..
.-= mir´s last blog ..ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL.. =-.
canggih btol!
.-= Frantz-Senpai´s last blog ..Manual Redirection =-.
erkk~ yang cipta alat nih, orang Islam ker bukan?
Kalau bukan Islam, boleh pulak dia faham cara ambil wudhuk segala tu~ mesti buat kajian terperinci kan~ harapnya, terbukalah pintu hati orang yang buat alat wudhuk nih utk masuk Islam~ 🙂
@Akuro San, mesti dia dah kaji / tanya daripada orang Islam.
makin lama dunia makin canggih..kalau canggih2 pun..kalau tak solat tak guna gak..hehe
.-= aizuddin´s last blog ..(Face Your Manga) Buat Avatar Anda Dengan Percuma! =-.