Kemenangan Bergaya Malaysia Menentang Laos di Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2009

Salam sejahtera buat semua.

Logo Sukan SEA Laos 2009

Tahniah buat pasukan Malaysia yang sebentar tadi berjaya menumpaskan Laos dengan gol 3-1. Tidak sia-sia lintas langsung disiarkan di RTM 2 malam ini. Berdebar-debar juga sepanjang menonton perlawanan tadi, terutamanya selepas pasukan Laos menyamakan kedudukan. Namun, gol kedua yang cukup pantas daripada Baddrol meletakkan pasukan Malaysia di depan.

Dengan gol ketiga, Malaysia layak ke pusingan akhir untuk menentang Vietnam yang menumpaskan Singapura 4-1.

Dua gol Malaysia dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar pada minit ke-13 dan m-79 sementara gol ketiga dijaringkan oleh Safiq Rahim pada minit ke-84.

beliamuda: ramalan awal 3-2 tersasar… ngeh3

20 thoughts on “Kemenangan Bergaya Malaysia Menentang Laos di Separuh Akhir Bola Sepak Sukan SEA 2009

    • @aminbaek, hehe.. deras aje kan…

      yg tragedi di JJ tu, awal gak aku tahu, tapi biar geng blogger Melaka la yang update.. dekat dengan rumah ko ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge